UMNO Pendang Terus Bersama Rakyat, Bukan Bermusim Teruskan Perjuangan
PENDANG, 7 Ogos – Di saat ada yang hanya ghairah mendekati rakyat apabila pilihan raya semakin hampir, UMNO Bahagian Pendang terus membuktikan bahawa khidmat kepada masyarakat bukan agenda bermusim, sebaliknya satu amanah yang tidak pernah terhenti.
Diketuai Datuk Suraya Yaacob, UMNO Bahagian Pendang meneruskan siri ziarah ke beberapa rumah penduduk sekitar Parlimen Pendang sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka yang sedang diuji dengan kehilangan insan tersayang di samping mengeratkan hubungan dengan masyarakat.
Ziarah dimulakan di kediaman keluarga Allahyarham Zakaria Daud di Kampung Batu 20 sebelum Suraya mengunjungi Setiausaha JPKKP Kampung Sawa Besar, En Fauzi Saaid.
Beliau kemudian menziarahi Puan Sahiah Saaid di Kampung Sawa Kecil yang baru kehilangan anak tersayang, diikuti kunjungan ke rumah Setiausaha Puteri UMNO Bahagian Pendang, Puan Shahirah Hassan di Kampung Bukit Kecil.
Sebelum mengakhiri program, Datuk Suraya turut menziarahi keluarga Pengerusi JPKKP Tokla/Chekong, Pak Su Ya yang kehilangan anak dalam satu kemalangan jalan raya baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hasni Sambut Baik Usaha Gubal RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026
- Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat UNRC Baharu
- Program Semarak Maghrib Dan Isyak Perkasa Syiar Islam, Terjemah Komitmen Kerajaan Negeri Johor
Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera
Suraya yang juga Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia berkata, perjuangan UMNO tidak boleh diukur dengan jawatan atau kedudukan, sebaliknya melalui keikhlasan untuk terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira masa.
“Saya bukan wakil rakyat, tetapi itu tidak pernah menjadi alasan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat. Selagi diberi ruang dan kemampuan, saya akan terus turun padang, mendengar denyut nadi rakyat serta bersama mereka ketika susah dan senang. Inilah perjuangan UMNO yang sebenar.”
Beliau menegaskan bahawa UMNO Bahagian Pendang akan terus memperkukuhkan budaya turun padang kerana rakyat tidak memerlukan pemimpin yang hanya hadir ketika kempen, sebaliknya mereka memerlukan insan yang sentiasa bersama ketika ditimpa musibah dan kesusahan.
Katanya, ziarah bukan sekadar memenuhi jadual program, tetapi menjadi lambang keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang telah lama sebati dalam perjuangan UMNO.
“Khidmat bakti tidak mengenal musim. UMNO tidak pernah menunggu pilihan raya untuk bersama rakyat. Ketika ada yang datang membawa janji, UMNO hadir membawa keprihatinan. Ketika ada yang mencari undi, UMNO terus menghulurkan bantuan. Itulah bezanya perjuangan yang ikhlas dengan perjuangan yang bermusim,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Bersuara Demi Pesakit, Jangan Diputarbelitkan – Hasrunizah
- Kesihatan Rakyat Bukan Bahan Politik, Jangan Salahkan Onn Hafiz – Haslinda Salleh
- MoU Kerjasama Pertahanan 2023… ‘Roadmap’ Perkukuh Hubungan Malaysia-Vietnam
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu

You must be logged in to post a comment.