Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya

Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Bendahari UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kerjasama erat antara agensi kerajaan merupakan pemangkin penting dalam memastikan setiap agenda pembangunan masyarakat dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan menyeluruh.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai KEMAS Wilayah Persekutuan bagi membincangkan pelaksanaan pelbagai program KEMAS serta usaha memperkukuh bantuan kepada masyarakat di Putrajaya.

Menurut beliau, pertemuan tersebut membuka ruang kepada perbincangan yang lebih menyeluruh dalam memperkasakan pelbagai inisiatif melibatkan pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan komuniti serta kesejahteraan rakyat.

“Saya amat menghargai kunjungan hormat daripada Pengarah KEMAS Wilayah Persekutuan bersama warga KEMAS. Perbincangan yang diadakan hari ini diharap dapat memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya warga Putrajaya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

Tambah beliau, sinergi antara kepimpinan setempat dan agensi pelaksana perlu terus diperkukuhkan agar setiap program yang dirancang benar-benar memberi impak kepada rakyat serta memenuhi keperluan komuniti.

Kerjasama Bersama KEMAS Perkukuh Agenda Pembangunan Komuniti Putrajaya

“Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasakan agar lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Usaha ini diharap memberi impak positif dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak, pembangunan komuniti serta kebajikan rakyat secara menyeluruh,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, pertemuan tersebut turut mencerminkan komitmen berterusan semua pihak untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam merealisasikan agenda pembangunan masyarakat, sekali gus memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh seluruh warga Putrajaya selaras dengan aspirasi memperkasa kesejahteraan rakyat. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pendaftaran Keahlian UMNO Terus Meningkat, Anak Muda Dominasi Ahli Baharu

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker