Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – UMNO Negeri Johor menegaskan bahawa usaha memperjuangkan isu kesihatan rakyat di negeri ini bukanlah satu bentuk ‘wayang’ politik, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab untuk memastikan rakyat Johor terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan efisien.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, parti itu menyokong penuh pendirian Menteri Besar Johor berhubung isu Hospital Pasir Gudang serta kenyataan EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, yang menjelaskan pelbagai usaha berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sistem kesihatan dan menangani kekurangan petugas kesihatan.

Menurut beliau, walaupun urusan pelantikan dan penempatan petugas kesihatan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri Johor tidak pernah berdiam diri.

“Johor telah membelanjakan puluhan juta ringgit bagi menaik taraf fasiliti kesihatan, membantu pelaksanaan doktor locum, menjaga kebajikan petugas kesihatan serta melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh sistem kesihatan negeri.

“Pada masa sama, kepimpinan negeri terus menggunakan saluran rasmi bagi membawa isu kekurangan petugas kesihatan kepada perhatian Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ANGKASA Perkukuh Rantaian Bekalan Demi Lonjak Prestasi Koperasi – Abdul Fattah


Beliau berkata, tuntutan yang dibawa Johor bukan bertujuan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi memastikan hospital-hospital di negeri ini mempunyai tenaga kerja yang mencukupi demi mengurangkan beban doktor, jururawat dan petugas kesihatan lain.

Katanya, Hospital Pasir Gudang, Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail memerlukan pengisian jawatan dengan kadar segera kerana kekosongan yang berlarutan bukan sahaja memberi tekanan kepada warga kesihatan, malah menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Johor akan terus menjadi rakan strategik kepada Kerajaan Persekutuan dalam mencari penyelesaian terbaik. Namun, Kerajaan Persekutuan perlu segera menterjemahkan komitmen yang telah diberikan kepada tindakan yang nyata agar sistem kesihatan negeri terus diperkukuhkan,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, UMNO Negeri Johor berpandangan bahawa isu kesihatan rakyat tidak seharusnya dipolitikkan kerana ia membabitkan amanah kepada rakyat, kebajikan petugas kesihatan serta tanggungjawab bersama untuk memastikan Bangsa Johor menikmati perkhidmatan kesihatan yang cekap, berkualiti dan mampan. – UMNO Online

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati Mandat Rakyat, Beri Ruang MB Negeri Sembilan Jalankan Tugas

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker