Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Perkukuh Agenda Kebajikan, Santuni Rakyat Melaka

MELAKA, 5 Ogos – Komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela diterjemahkan menerusi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat yang menjadi platform mendekati masyarakat serta menyelesaikan isu yang dihadapi rakyat di peringkat akar umbi.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jelajah tersebut membawa makna yang besar apabila pemimpin turun padang untuk menyantuni rakyat, mendengar sendiri keluhan mereka serta melihat keperluan yang memerlukan tindakan segera.
Menurut beliau, dalam program di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek bersama Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Rahmad Mariman, beliau berpeluang menziarahi penduduk Kampung Kandang termasuk meninjau kerja-kerja baik pulih kediaman Puan Norsiah Yahya yang memerlukan perhatian kerajaan.
“Pada kesempatan sama, saya turut menyempurnakan simbolik kelulusan pembinaan sebuah rumah baharu di bawah Program Melaka Rumahku kendalian Lembaga Perumahan Melaka bernilai RM70,000.
“Selain itu, bantuan baik pulih rumah menerusi inisiatif Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) berjumlah RM50,000 turut disalurkan kepada empat buah rumah penduduk di DUN Ayer Molek,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Kaji Caj Ke Atas Jualan EV Biaya Pembinaan Pengecas Awam – Johari Abdul Ghani
- Lebih 500 Pelajar Ke Timur Tengah, Dr Zambry Pesan Jadi ‘Duta Kecil’ Malaysia
- Keamanan, Kestabilan Serantau Perlu Terus Dipelihara Melalui Dialog Dan Diplomasi
Pelan Strategik BHEUU 2026–2030 Pacu Reformasi Perundangan, Perkukuh Tadbir Urus Digital
Jelajah berkenaan kemudiannya diteruskan ke Kampung Tengah Paya Dalam bagi menziarahi seorang warga emas berusia 93 tahun, Puan Hasanah Sidek, di samping menyampaikan sumbangan tunai kepada 10 warga emas sebagai tanda penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan golongan berkenaan.
Ab Rauf berkata, nilai sesuatu bantuan tidak seharusnya diukur pada jumlah yang disalurkan semata-mata, sebaliknya manfaat yang diterima rakyat bagi meringankan beban kehidupan mereka.

“Bantuan yang diberikan diharap mampu memberi sinar harapan kepada keluarga yang memerlukan serta menghadirkan senyuman kepada mereka yang berdepan kesukaran.
“Kerajaan Negeri akan terus mendengar setiap keluhan rakyat dan mengambil peduli terhadap setiap keperluan mereka kerana rakyat merupakan nadi dan kekuatan utama dalam setiap agenda pembangunan Melaka,” ujar beliau.
Beliau menegaskan, Kerajaan Negeri Melaka akan terus memperkukuhkan pendekatan turun padang menerusi pelbagai program kebajikan dan pembangunan bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat selaras dengan aspirasi Melaka Maju, Rakyat Bahagia. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Israk Tinjau Pembangunan Perikanan Johor, Perkukuh Sekuriti Makanan Negeri
- Hubungan Malaysia–Kemboja Diperkukuh Menerusi Mesyuarat JCBC Selepas Dua Dekad
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rais Santuni Peniaga, Tinjau Persiapan Hari Landskap Negara 2026
You must be logged in to post a comment.