Keamanan, Kestabilan Serantau Perlu Terus Dipelihara Melalui Dialog Dan Diplomasi

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Malaysia berpandangan bahawa keamanan dan kestabilan serantau perlu terus dipelihara melalui dialog dan diplomasi, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled memaklumkan beliau telah menerima unjungan hormat Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Joseph Leong pada Ahad.
“Sempena 37th Annual International Military Law and Operations Strategic Engagement (MILOPS) di Kuala Lumpur, saya turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Republik Singapura, Joseph Leong.
“Kami bertukar pandangan mengenai hubungan pertahanan Malaysia-Singapura yang terus diperkukuh menerusi pelbagai mekanisme kerjasama, termasuk Five Power Defence Arrangements (FPDA) dan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).
“Kami turut membincangkan perkembangan semasa di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum Kemenangan BN, Kekalkan Semangat Juang
- 25 Tahun Puteri UMNO: Dari Pelengkap Kepada Penggerak
25 Tahun Puteri UMNO: Ahmad Zahid Hargai Pengorbanan, Yakin Teruskan Perjuangan
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang turut dibincangkan sepanjang pertemuan tersebut.

“Malaysia berpandangan bahawa keamanan dan kestabilan serantau perlu terus dipelihara melalui dialog dan diplomasi. ASEAN perlu terus memainkan peranan utama dalam menguruskan cabaran serantau berlandaskan prinsip ‘ASEAN Centrality’ agar rantau ini terus aman, stabil dan makmur.
“Selain itu, perbincangan turut menyentuh kepentingan memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, termasuk kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi cabaran keselamatan masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sabah Tegas Perjuang Pelancongan Di Bawah Senarai Bersama Selaras Semangat MA63 – Jafry
- Melaka Sedia Sambut Hari Landskap Negara 2026, Perkukuh Imej Negeri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.