Ismail Mula Tugas Sebagai MB, Barisan EXCO Dalam Penelitian

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim hari ini secara rasminya memulakan tugas di Wisma Negeri, Seremban pada pukul 9 pagi tadi.
Ketibaan Ahli Dewan Undangan Negeri Juasseh itu disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali serta pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri Besar.
“Alhamdulillah hari ini saya memulakan tugas rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dengan menurunkan cap ibu jari di Wisma Negeri sebagai simbolik memulakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu bercakap pada sidang media selepas memulakan tugas, Ismail berkata beliau sudah mempunyai bayangan mengenai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang akan menganggotai pentadbiran baharu negeri itu.
“Saya sedang susun barisan EXCO, bayangan sudah ada tapi belum dimuktamadkan dan sedang diharmonikan.
“Kita ambil kira kedudukan parti termasuk Perikatan Nasional (PN), WAWASAN (Parti Wawasan Negara) dan kawasan (daerah).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRN N. Sembilan: Rozabil Ucap Tahniah, Hargai Pengorbanan Seluruh Jentera
- Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai
Mandat Rakyat Kukuhkan BN-PN, Demi Kestabilan Negeri Sembilan
“Tidak mungkin satu daerah ramai sangat, kita kena bagi juga termasuk kedudukan wanita. Tapi saya rasa 10 EXCO itu memadai kerana jumlah itu yang telah ditetapkan dan saya rasa tak ada tambahan,” katanya.
Mengulas lanjut, Ismail berkata pentadbiran baharu negeri tidak menolak kemungkinan mengekalkan jawatan EXCO Kanan, namun keputusan mengenainya masih belum dimuktamadkan.
Beliau berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) turut membuka ruang untuk mempertimbangkan pelantikan Timbalan EXCO bagi portfolio tertentu.
Terdahulu, pada Ahad lalu, Ismail, 67, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum Kemenangan BN, Kekalkan Semangat Juang
- 25 Tahun Puteri UMNO: Dari Pelengkap Kepada Penggerak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
25 Tahun Puteri UMNO: Ahmad Zahid Hargai Pengorbanan, Yakin Teruskan Perjuangan
You must be logged in to post a comment.