Sabah Tegas Perjuang Pelancongan Di Bawah Senarai Bersama Selaras Semangat MA63 – Jafry

PUTRAJAYA, 4 Ogos – Kerajaan Negeri Sabah kekal komited memperjuangkan cadangan meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama (Concurrent List) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan semangat dan prinsip Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Ketua UMNO Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, langkah itu penting bagi memperkukuh kuasa perundangan negeri dalam mengawal selia, mentadbir dan membangunkan industri pelancongan mengikut keperluan serta keunikan Sabah.
Menurut beliau, cadangan tersebut bukan bertujuan mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya bagi memastikan Sabah mempunyai keupayaan yang lebih kukuh dalam menguruskan antara sektor ekonomi terpenting negeri.
“Sabah bukan meminta layanan istimewa. Sabah mahu memperkukuh keupayaannya untuk menguruskan salah satu sektor ekonomi terpenting negeri ini selaras dengan semangat MA63,” katanya dalam satu kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), semalam.
Beliau berkata, meletakkan sektor pelancongan di bawah Senarai Bersama akan membolehkan Sabah memperkukuh tadbir urus industri, menambah baik sistem pelesenan dan kawal selia, memelihara warisan budaya serta khazanah alam semula jadi, selain meningkatkan aspek keselamatan pelancong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRN N. Sembilan: Rozabil Ucap Tahniah, Hargai Pengorbanan Seluruh Jentera
- Semangat Demokrasi Terus Mekar, Pengorbanan Jentera Tidak Ternilai
Mandat Rakyat Kukuhkan BN-PN, Demi Kestabilan Negeri Sembilan
Jelasnya, pendekatan itu juga membuka ruang kepada pelaksanaan dasar seperti Levi Kelestarian Pelancongan bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar serta pembangunan pelancongan berasaskan komuniti.
Dalam masa sama, Jafry yang juga ADUN Sukau menegaskan cadangan tersebut tidak bermaksud memisahkan Sabah daripada kerangka pelancongan negara, sebaliknya bertujuan memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
“Cadangan ini adalah untuk memperkasakan Sabah supaya dapat mengurus industri pelancongannya dengan lebih berkesan, sambil terus menyumbang kepada dan menyokong agenda pembangunan pelancongan negara,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa industri pelancongan Sabah mempunyai keunikan tersendiri yang memerlukan dasar serta pendekatan bersesuaian dengan realiti geografi, alam sekitar dan sosioekonomi negeri, termasuk kekayaan biodiversiti, kawasan perlindungan yang luas, pelancongan pulau, warisan budaya masyarakat pribumi serta pembangunan pelancongan berasaskan komuniti.
Tambah beliau, peranan yang lebih besar kepada Sabah dalam tadbir urus pelancongan bukan sahaja memberi manfaat kepada negeri itu, malah mampu memperkukuh daya saing industri pelancongan Malaysia secara keseluruhannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiada Unsur ‘Sakau’, Curi Dalam Laporan RCI Tabung Haji – Jamil Khir
- PRN: Manifesto BN Selari Keperluan Semasa Rakyat – Ismail
- DUN Sungai Lui: Beri BN Mandat Untuk Selesaikan Isu Generasi FELDA
BN Terbukti Berpengalaman… Ikrar Wanita NS Mampu Dilaksanakan – Bibi Sharliza
Menurutnya lagi, sektor pelancongan kekal sebagai antara tonggak utama ekonomi Sabah dengan mewujudkan peluang pekerjaan, menyokong pertumbuhan perusahaan tempatan serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negeri.
“MA63 bukan sekadar dokumen sejarah. Ia merupakan satu komitmen perlembagaan yang perlu terus menjadi panduan dalam pembentukan dasar serta memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” ujarnya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan cadangan tersebut dapat direalisasikan melalui libat urus yang konstruktif demi kepentingan Sabah dan Malaysia.
“Kami yakin bahawa melalui kerjasama, saling menghormati dan komitmen bersama terhadap semangat MA63, kita mampu memperkukuh industri pelancongan Malaysia demi manfaat semua.” – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Teruskan Momentum Kemenangan BN, Kekalkan Semangat Juang
- 25 Tahun Puteri UMNO: Dari Pelengkap Kepada Penggerak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
25 Tahun Puteri UMNO: Ahmad Zahid Hargai Pengorbanan, Yakin Teruskan Perjuangan
You must be logged in to post a comment.