Tiada Unsur ‘Sakau’, Curi Dalam Laporan RCI Tabung Haji – Jamil Khir
Tiada Unsur ‘Sakau’, Curi Dalam Laporan RCI Tabung Haji – Jamil Khir

SEREMBAN, 30 Julai – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan tiada unsur ‘sakau’ dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).
Sebaliknya, beliau berkata, antara perkara yang disentuh dalam laporan RCI tersebut adalah berkaitan pemberian hibah kepada pendeposit dan kedudukan kewangan serta liabiliti TH.
“RCI mendapati terdapat laporan pada 2017 yang menunjukkan liabiliti dan dana kewangan TH berada pada kedudukan yang lebih rendah berbanding tanggungan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai pemberian hibah.
“Daripada lebih 200 muka surat laporan RCI yang telah didedahkan kepada umum, tidak ada satu dapatan pun yang mengatakan berlaku ‘sakau’, curi, rompak dan sebagainya.
“Apa yang ada disebut oleh RCI tersebut ialah pemberian hibah. Hibah ini adalah bentuk perkongsian keuntungan yang diberikan kepada pendeposit-pendeposit TH,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kebajikan Peneroka, Rumah Generasi Kedua FELDA Terus Dipinggirkan Di Bawah PH
- DUN Chuah Akan Kembali Kepada BN – Dr Adham
- Waspada Sindiket Penipuan Permohonan Tanah – Wan Rosdy
NS: Beri Peluang BN Gerakkan Semula Agenda Pembangunan Tertangguh
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan laporan RCI berkaitan TH yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen terhad.
Jelasnya, hibah yang diberikan oleh TH bukanlah disalurkan kepada mana-mana ahli lembaga atau pihak tertentu, sebaliknya dikembalikan kepada pendeposit dalam bentuk bantuan subsidi bagi menunaikan ibadah haji.
“Jika disebut tentang pemberian hibah dan sebagainya, maka hibah itu pergi kepada siapa? Ia tidak pergi kepada mana-mana ahli lembaga atau pihak lain, melainkan dipulangkan kepada pendeposit dan diberikan dalam bentuk bantuan subsidi menunaikan ibadah haji,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Jamil Khir menegaskan pengurusan TH tertakluk kepada kerangka perundangan dan tadbir urus yang ditetapkan, termasuk pengauditan oleh Jabatan Audit Negara (JAN).
Beliau berkata, sepanjang tempoh penglibatannya dalam institusi berkenaan dari 2009 hingga 2017, TH menerima audit bersih daripada JAN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Leka Di Saat Akhir, Jentera BN Diminta Kekalkan Momentum
- Jangan Sia-siakan Peluang Emas Timba Pengalaman Bersama Pemimpin Negara
- Executive Apprenticeship 2.0 Platform Lahirkan Pemimpin Masa Depan – Ahmad Zahid
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
“Audit sahih datang daripada JAN. Sejak 2009 sehingga 2017, kita mendapat audit bersih. Bila audit bersih, ertinya kita mempunyai keuntungan yang melebihi daripada bebanan liabiliti,” katanya lagi.
Beliau turut menjelaskan bahawa TH mempunyai audit antarabangsa untuk memenuhi keperluan pengurusan aset dan hartanah di luar negara, namun audit oleh JAN kekal sebagai rujukan penting dalam konteks pematuhan kepada Akta Tabung Haji.
Mengulas mengenai persoalan kuasa Menteri yang turut disentuh dalam laporan RCI, Jamil Khir berkata, Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk membuat keputusan berkaitan urusan pelaburan, pembelian atau penjualan aset TH tanpa melalui proses dan syor Lembaga TH.
“Kuasa Menteri adalah berdasarkan syor daripada Lembaga. Menteri tidak boleh meluluskan sebarang permohonan atau permintaan… tidak boleh menjual harta, membeli atau menyewa melainkan mendapat syor daripada Lembaga Tabung Haji.
“Lembaga pula tidak boleh membuat cadangan tertentu melainkan perkara itu telah dilihat oleh kumpulan pengurusan risiko dan pasukan pelaburan,” katanya lagi.
Tambahnya, proses berkenaan merupakan sebahagian daripada garis panduan tadbir urus yang diwujudkan untuk memastikan setiap keputusan berkaitan TH dibuat secara teliti dan mengambil kira aspek pengurusan risiko serta pematuhan syariah.
Beliau pada masa sama menegaskan bersedia untuk memberikan kerjasama sekiranya diperlukan dalam sebarang siasatan berkaitan pengurusan TH.
“Kalau sudah dalam aturan dan perlu disiasat, siasatlah. Sebelum RCI pun kita sudah disiasat. Kalau nak siasat, tidak apalah. Takkan pula kita nak lari, saya rakyat Malaysia,” katanya. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Tiada Unsur ‘Sakau’, Curi Dalam Laporan RCI Tabung Haji – Jamil Khir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI TH: Kebenaran Terbukti, LOD Gantirugi RM5 Juta Berjaya Diserahkan Kepada Pemfitnah
- Kepimpinan Parti Dengar Hasrat Orang Melayu Mahukan Penyatuan – Bastien
- PRN NS: Jangan Terpengaruh Dengan Propaganda Parti Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
SWP, Skuad Sayang 3K Santuni Pesakit Uzur Dan Strok – Dr Masliha
You must be logged in to post a comment.