Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN

PORT DICKSON, 29 Julai – Pelaksanaan manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak akan terganggu meskipun mempunyai persefahaman dengan Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan meskipun BN dan PN mempunyai manifesto yang berbeza, tentunya ia akan dilaksanakan bersama sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
“Ya, kita tidak ada perjanjian. Kita tidak ada kerjasama secara rasmi. Kita cuma ada persefahaman.
“Ertinya, manifesto BN adalah untuk BN, dan kita akan laksanakan jika mandat dapat diberikan semula nanti.
“Tentunya kita akan rangkul sekali apa yang tersurat dan tersirat daripada rakan-rakan yang lain. Saya saya fikir tidak ada sebarang permasalahan yang yang timbul jika pelaksanaannya dibuat kerana kita mencakupi semua lapisan masyarakat di Negeri Sembilan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas Program Ceramah Umum BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, sebentar tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Jentera Jangan ‘Over Confident’, Terus Mantapkan Gerak Kerja
- Kita Gandakan Usaha, Satu Undi Sangat Bermakna – Mohd Razi
- PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
Rakyat Johor Bakal Nikmati Taman Rekreasi Moden, Inklusif di Mutiara Rini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Pelaksanaan Manifesto Tidak Terganggu Kerana Persefahaman BN-PN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Kalau PH Macam Sendu Sikit’… Anak Muda Tetap Bersama BN
- Rozabil Yakin BN Akan Capai Kemenangan Di Kerusi DUN Labu
- BN Konsisten Tingkatkan Agenda Pembangunan Komuniti Orang Asli
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN: Manifesto BN Lengkap, Penuhi Keperluan Rakyat – Saiful Yazan
You must be logged in to post a comment.