PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit
PRN NS: Jentera Perlu Peka, Pantas Cantas Isu Berbangkit

SEREMBAN, 29 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohamad Alamin menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) untuk terus peka dan pantas mencantas segala fitnah yang sedang mula bertebaran di media sosial.
Ujarnya, gerak kerja juga perlu diperhebatkan lagi memandangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya berbaki tiga hari sahaja lagi.
“Saya memerhatikan gerak kerja kita dah semakin rancak, tapi perlu dirancakkan lagi dan perhebatkan lagi. Jumpa seramai yang mungkin (pengundi), calon-calon pergi sebanyak mungkin rumah untuk bertemu dengan para pengundi kita.
“Berbaki hari kempen ini sekejap saja dan akan cepat. Cuma dalam keadaan yang mencabar pada hari ini… mencabar bukan pasal siapa, macam-macam perkara dah bermula seperti fitnah, serangan dan juga persepsi.
“Jadi jentera kita harus lebih peka dan pantas ‘counter’ untuk menjawab isu-isu tersebut. Jangan sampai persepsi itu menguasai minda pengundi-pengundi kita. Ini amat berbahaya sekali,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO/BN Gubal Dasar, Jaga Kebajikan Dan Angkat Martabat Ibu Tunggal – Shahrizat
- Manifesto Realistik, BN Tidak Janji ‘Bulan Dan Bintang’ – Mohd Asna
Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, jentera penerangan perlu pantas memberi penjelasan tuntas terhadap isu-isu yang dimainkan oleh pihak lawan.
“Kita faham para pengundi Negeri Sembilan ini semuanya bijak namun banyak maklumat yang dihidangkan. Perlu ada kebijaksanaan yang lebih dalam kita menapis segala maklumat-maklumat yang disebarkan melalui media sosial.
“Jadi perlu untuk jentera penerangan terangkan juga isu-isu yang telah, sedang ataupun terus dimainkan. Ia perlu dijawab dan diterangkan sebaik mungkin,” katanya lagi.
Beliau juga menyeru jentera untuk sentiasa fokus melaksanakan gerak kerja masing-masing sehingga ke saat-saat akhir.
“Kedua, saya ingin meminta semua untuk terus fokus pusat daerah mengundi (PDM) masing-masing. Gerak kerja saat-saat akhir ini harus kita fokus untuk menjaga pengundi-pengundi putih kita terutamanya dan tahu keberadaan mereka di mana. Pastikan mereka keluar mengundi pada 1 Ogos nanti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: Pengalaman Jadi Sandaran, Calon Baharu Bawa Harapan – Johari
- BN Harap Momentum Peratusan Tinggi Undi Awal Berterusan Sabtu Ini
Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus
“Jadi saya melihat ‘mood’ kebangkitan ini semakin kuat. Gelombang biru semakin merebak di seluruh Negeri Sembilan. Tapi jangan kita alpa dan lalai, teruskan fokus. Teruskan gerak kerja dan kawal pengundi-pengundi putih kita.
“Tepis segala macam tohmahan, fitnah, persepsi dan isu yang dilemparkan. Insya-Allah, saya yakin 1 Ogos nanti BN akan memerintah Negeri Sembilan, insya-Allah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa persefahaman di antara BN dan Perikatan Nasional (PN) berlangsung dengan baik sepanjang tempoh berkempen.
“Saya melihat persefahaman itu dah semakin baik. Bukan sekali kita bekerjasama dengan mereka… pernah pun sebelum ini. Cuma pada kali ini dah semakin baik. Ada juga pihak-pihak lain yang cuba nak melaga-lagakan semula, tapi kita tidak akan terpengaruh.
“Saya lihat persefahaman kita antara BN-PN di semua DUN (Dewan Undangan Negeri) kita tandingi, mereka datang setiap malam. Itu calon-calon kita. Sama juga apabila mereka bertanding, jentera kita juga bantu mereka. Jadi ini adalah satu ‘chemistry’ yang dah mula wujud dan harus kita pertahankan sampai ke 1 Ogos nanti.
“Bahkan mekanisme kerjasama ‘political understanding’ ini akan berterusan sampai bila-bila. Insya-Allah yang penting kita mampu mempertahankan kuasa dan juga merampas tampuk pemerintahan Negeri Sembilan, seterusnya mungkin di Putrajaya, insya-Allah,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada semalam, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tiga Agenda Utama Mohd Zaidy Untuk Manfaat Rakyat DUN Jeram Padang
- Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PIPBJ Buka Peluang Lebih Ramai Rakyat Johor Miliki Rumah Sendiri
You must be logged in to post a comment.