Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan

Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan

Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan

SUNGAI LUI, 29 Julai – Pengerusi Badan UMNO Negeri Terengganu Datuk Rozi Mamat menyeru seluruh pengundi agar tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai helah dan taktik saat akhir yang dimainkan pihak lawan, sebaliknya terus memberikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali.

Menurut beliau, menjelang hari pengundian, pelbagai cara akan digunakan oleh pihak lawan untuk mengelirukan pengundi demi meraih kemenangan, namun rakyat perlu bijak menilai calon yang benar-benar telah membuktikan khidmat baktinya kepada masyarakat.

“Saya menyeru semua supaya memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Datuk Razi, calon BN nombor satu kita. Beliau seorang yang sangat baik, mesra rakyat dan sentiasa dekat dengan masyarakat.

“Saya harap semua tidak mudah keliru dengan pihak lawan yang cuba menggunakan pelbagai kaedah dan helah pada saat-saat akhir. Biasalah, apabila mereka terdesak, mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk memenangi pilihan raya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Persefahaman BN-PN: Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Sebarang Pergaduhan


Rozi berkata demikian ketika berucap pada program Jom Lepak Anak Muda di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lui Timur, di sini Selasa malam, yang turut dihadiri Mohd Razi.

Tambah Rozi, perkara paling utama yang perlu difikirkan oleh pengundi ialah siapakah yang benar-benar bersedia untuk terus berkhidmat kepada rakyat selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini.

“Apa yang penting kepada kita, selepas PRN ini nanti, adakah ada orang lain yang mahu terus berjasa kepada rakyat selain Datuk Razi yang sememangnya telah menunjukkan khidmatnya sebelum ini?” ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Rozi menjelaskan kehadiran jentera UMNO dan BN dari Terengganu adalah semata-mata bagi membantu memastikan kemenangan calon BN, bukannya untuk mencampuri urusan masyarakat setempat.

“Kami sebagai jentera negeri angkat datang bukan untuk mengajar orang di sini. Kami hadir hanya untuk membantu calon kita, Datuk Razi, supaya beliau diberi mandat untuk meneruskan khidmat kepada rakyat,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN NS: Ahmad Zahid Seru Pengundi Awal Beri Kepercayaan Kepada BN


Beliau turut mengajak seluruh pengundi agar membuat pilihan yang tepat dengan menolak segala bentuk dakyah dan propaganda pihak lawan, seterusnya memastikan kemenangan BN demi kesinambungan khidmat dan pembangunan untuk rakyat. – UMNO ONLINE

Rozi Yakin Mohd Razi Pilihan Tepat, Seru Pengundi Tolak Helah Lawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penguatkuasaan Beras Perlu Diperkasa Dengan Teknologi, Ketelusan Dan Libat Urus

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker