Johor Komited Pastikan Sekolah Kekal Selamat, Bebas Gejala Buli

Johor Komited Pastikan Sekolah Kekal Selamat, Bebas Gejala Buli

Johor Komited Pastikan Sekolah Kekal Selamat, Bebas Gejala Buli

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Kerajaan Negeri Johor komited memastikan setiap sekolah di negeri ini kekal sebagai persekitaran yang selamat, kondusif dan bebas daripada gejala buli demi kesejahteraan serta masa depan anak-anak Bangsa Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, kerajaan negeri memandang serius insiden buli yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya, Selangor kerana kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana institusi pendidikan.

Menurut beliau, sekolah merupakan tempat yang selamat untuk murid menimba ilmu, membina sahsiah dan mengembangkan potensi diri.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar semua pihak pengurusan sekolah di Negeri Johor sentiasa berwaspada, peka dan mengambil langkah proaktif terhadap sebarang petanda atau aduan berkaitan gejala buli.

“Pemantauan secara berterusan perlu diperkukuhkan di semua peringkat bagi memastikan sebarang insiden dapat dikesan dan ditangani dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16


Beliau berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan terus bekerjasama rapat dan memperkukuh usaha pencegahan melalui pelaksanaan intervensi yang berterusan.

Katanya, usaha tersebut merangkumi memperkasakan pendidikan nilai murni, memperhebat program kesedaran anti-buli serta memperkukuh peranan guru, kaunselor dan hubungan erat bersama ibu bapa serta komuniti.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa sebarang bentuk buli, sama ada secara verbal, psikologi mahupun siber, tidak akan dikompromi dan semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan budaya saling menghormati, prihatin dan bertanggungjawab terus subur dalam komuniti sekolah.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri Johor kekal komited untuk memastikan setiap sekolah di negeri ini berada dalam persekitaran yang selamat dan kondusif demi kesejahteraan serta masa depan anak-anak Bangsa Johor. – UMNO Online

Johor Komited Pastikan Sekolah Kekal Selamat, Bebas Gejala Buli


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perkukuh UMNO, Teruskan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker