Kepakaran Pelbagai Pihak Penting Demi Kemaslahatan Ummah – Ahmad Zahid
Kepakaran Pelbagai Pihak Penting Demi Kemaslahatan Ummah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 27 Julai – Majlis Perundingan Ummah (MPU) akan diperkukuh menerusi penyertaan pelbagai kelompok kepakaran bagi memastikan setiap cadangan dan syor yang dikemukakan mampu memberi manfaat kepada kemaslahatan umat Islam serta pembangunan negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha memperkukuh pembangunan ummah memerlukan setiap isu dinilai daripada pelbagai perspektif dengan menggabungkan pandangan ulama, ahli akademik, profesional, tokoh masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas mempengerusikan Mesyuarat MPU, yang antara lain membincangkan cadangan keanggotaan baharu MPU melibatkan enam kutlah utama.
Menurut beliau, enam kutlah berkenaan ialah Kutlah Dakwah, Kutlah Undang-Undang, Kutlah Sosial, Kutlah Pendidikan, Kutlah Politik dan Kutlah Ekonomi.
“Saya yakin gabungan kepakaran dalam setiap kutlah ini akan memperkukuh fungsi MPU sebagai platform perundingan yang mampu menyumbang idea serta pandangan yang konstruktif kepada pembangunan hal ehwal Islam di negara ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
- BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry
Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim
Ahmad Zahid berkata, pendekatan menghimpunkan kepakaran daripada pelbagai bidang diyakini dapat menghasilkan syor yang lebih menyeluruh dan berkesan dalam memperkasa pembangunan ummah.
Beliau turut berharap segala perancangan yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan sekali gus memperkukuh pembangunan hal ehwal Islam serta meningkatkan kesejahteraan ummah di negara ini. – UMNO Online
Kepakaran Pelbagai Pihak Penting Demi Kemaslahatan Ummah – Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman BN-PN Bawa Mesej Kestabilan Demi Masa Depan Negeri Sembilan
- ‘Penyatuan Melayu Bukan Ancaman Kepada Kaum Lain’ – Dr Akmal
- Mesyuarat UMNO Kota Melaka Medan Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Bukit Bintang Diperkukuh, Fokus Martabat Melayu Bandar Dan Persiapan PRU-16
You must be logged in to post a comment.