Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim

JELEBU, 26 Julai – Program Ziarah Kasih yang dilaksanakan UMNO bukanlah aktiviti bermusim atau hanya ketika kempen pilihan raya, sebaliknya telah menjadi budaya serta amalan berterusan parti dalam mendekati dan menyantuni rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan turun padang menerusi Ziarah Kasih telah lama menjadi sebahagian daripada perjuangan parti dan digerakkan secara konsisten oleh kepimpinan serta jentera parti termasuk dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO).

 

” Ziarah Kasih ini adalah salah satu program di bawah UMNO dan bukan bermusim. Kalau kita tengok rekod UMNO, aktiviti ini menjadi naluri, sama ada isteri Presiden atau isteri pemimpin, Wanita UMNO, NGO-NGO di bawah UMNO memang melakukan Ziarah Kasih sepanjang masa, bukan hanya semasa kempen.

“Kita turun berjumpa dengan rakyat, dengar apa rintihan mereka, dan kita kemukakan isu-isu dan rintihan mereka kepada pihak berkaitan, kepada pihak parti dan apa yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya kepada UMNO Online.

Shahrizat berkata demikian selepas selesai Program Ziarah Kasih di beberapa rumah di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung


Hadi sama isteri Pengerusi BN Datin Seri Hamidah Khamis dan isteri calon BN DUN Pertang Datin Seri Maziah Mohd Nor.

Tambah Pengerusi HAWA Malaysia itu, sambutan masyarakat terhadap kehadiran Hamidah juga amat menggalakkan kerana sifat beliau yang mesra dan mudah didekati.

Malah katanya, pendekatan menyantuni rakyat dari rumah ke rumah merupakan kekuatan golongan wanita sejak sekian lama kerana mampu menjalinkan hubungan yang lebih dekat dengan masyarakat.

“Orang perempuan ini apabila masuk rumah, duduk berbual, minum kopi, bertanya khabar anak-anak dan melihat sendiri keadaan mereka. Pendekatan sebegini amat dekat di hati rakyat dan inilah yang telah kita lakukan sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim

Menurutnya lagi, hasil turun padang secara konsisten itu turut memperlihatkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang dizahirkan secara spontan tanpa perlu dipujuk.

“Yang menariknya, apabila kita turun, mereka sendiri beritahu mahu mengundi Barisan Nasional. Kita belum sempat bercakap apa-apa, mereka sendiri menyatakan hasrat untuk memberikan sokongan kepada BN.

“Hari ini di Pertang pun begitu. Mereka sendiri bercerita mengapa mahu mengundi calon BN. Di Lenggeng, Rantau dan kawasan-kawasan lain yang kita kunjungi pun keadaannya sama. Mereka sendiri meluahkan keyakinan kepada Barisan Nasional,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan


Tambah beliau, penerimaan positif itu lahir kerana rakyat masih mengenang jasa serta khidmat yang telah diberikan oleh UMNO dan BN kepada masyarakat sejak sekian lama. – UMNO ONLINE

Pengundi Sendiri Luah Hasrat Mahu Undi BN, Ziarah Kasih UMNO Bukan Bermusim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker