Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan

JELEBU, 24 Julai – Barisan Nasional (BN) tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada rakyat, sebaliknya beriltizam menghamparkan khidmat terbaik demi memastikan Negeri Sembilan kembali berada pada landasan pembangunan yang lebih pesat.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keyakinan terhadap kebangkitan sokongan rakyat semakin terserlah dan beliau percaya momentum kemenangan yang dicapai di Johor mampu diterjemahkan di Negeri Sembilan.
“Gelombang biru yang telah melanda Johor, insya-Allah akan datang juga ke Negeri Sembilan ini. Dan kita amat yakin calon-calon kita akan diterima dengan baik, dan kita tidak menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kita akan menghamparkan sesuatu yang lebih baik kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan.
“Kerana selama dua penggal kita tidak menakhodai Negeri Sembilan, kita dapati bahawa kesinambungan program-program yang lalu agak perlahan. Jadi hasrat kita insya-Allah kalau Barisan Nasional diberikan mandat semula, apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional sebagai menteri besar sebelum-sebelum itu akan dapat kita bawa semula,” kata Timbalan Perdana Menteri itu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian kepada media selepas program Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Tohor, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
Tambahnya lagi, sekiranya rakyat kembali memberikan mandat kepada BN, pelbagai perancangan pembangunan yang pernah dilaksanakan akan diteruskan dan diperkasakan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
“Kita memberikan penekanan untuk mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan sepanjang lima tahun mendatang ini, di mana dengan adanya industri, maka peluang pekerjaan yang bergaji premium ini, bergaji lebih daripada gaji minimum akan dapat ditawarkan kepada anak-anak muda di Negeri Sembilan.
“Dan kita menawarkan agar anak-anak Negeri Sembilan bekerja di Negeri Sembilan, tinggal di Negeri Sembilan untuk membantu membangunkan Negeri Sembilan terus. Insya-Allah ini akan menjadi satu koridor baharu kepada industri dan pembangunan kerana Selangor, Melaka, dan Johor telah membangun lebih cepat daripada negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata prestasi pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan yang mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 4.6 peratus masih berada di bawah kadar pertumbuhan nasional sebanyak 5.2 peratus, manakala Johor pula merekodkan pertumbuhan sekitar lapan peratus.
Menurutnya, angka tersebut membuktikan masih terdapat ruang yang besar untuk Negeri Sembilan dipacu ke tahap lebih tinggi melalui kepimpinan yang berpengalaman serta dasar yang berteraskan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
Beliau yakin dengan mandat baharu daripada rakyat, BN mampu mengembalikan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang lebih kompetitif, menarik pelaburan berkualiti serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan kemakmuran kepada seluruh rakyat.
Manakala berhubung dengan kerjasama antara jentera BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ini, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih atas komitmen kedua-dua pihak.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera Barisan Nasional dan jentera Perikatan Nasional yang telah bergerak bersama-sama. Walaupun kita tidak ada sebarang perjanjian, tidak ada sebarang persetujuan, tetapi kita ada persefahaman,” katanya. – UMNO ONLINE
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan
- MB Johor Bidas PH, Pelantikan Timbalan MMK Tidak Langgar Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.