RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
KUALA LUMPUR, 24 Julai – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji, dengan tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah mestilah dilaksanakan tanpa memilih bulu.
Jelasnya, sekiranya hasil siasatan membuktikan wujud salah laku, tindakan undang-undang perlu diambil tanpa mengira siapa individu yang terlibat.
“Saya mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji. Sekiranya ada sesiapa yang didapati bersalah, ambillah tindakan. Tidak kira siapa,” katanya.
Hafiz turut mempersoalkan mengapa laporan yang didakwa telah siap sejak beberapa tahun lalu hanya mahu didedahkan sekarang.
“Kalau laporan ini sudah siap beberapa tahun lepas, kenapa baru hendak dedahkan sekarang? Kenapa bukan pada 2023, 2024 atau 2025?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
“Perdana Menteri menjelaskan laporan tersebut tidak didedahkan sebab takut pendeposit panik. Kalau itu alasannya, tunjukkan kepada rakyat bagaimana Tabung Haji dipulihkan sehingga kerajaan yakin hari ini ia cukup kukuh untuk laporan ini didedahkan.
“Kalau dapatan RCI ini begitu penting, apa yang menghalang kerajaan daripada mengambil tindakan lebih awal selepas laporan itu diterima,” katanya lagi.
Beliau juga Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) menjelaskan, isu sebenar bukan lagi sekadar kandungan laporan RCI, sebaliknya melibatkan soal konsistensi kerajaan dalam menggunakan mekanisme Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“Laporan RCI Tabung Haji hanya mahu didedahkan, tapi tuntutan RCI dalam isu-isu lain seperti dakwaan ‘corporate mafia’, kontroversi melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, malah isu berkaitan pelantikan badan kehakiman masih belum diberikan keutamaan yang sama.
“Kalau prinsipnya ialah mencari kebenaran dan memastikan akauntabiliti, RCI tidak boleh dipilih ikut kes yang menguntungkan politik, tetapi diketepikan apabila melibatkan pihak sendiri,” jelasnya lagi.
Hafiz menegaskan bahawa mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan wajib dihadapkan ke muka pengadilan berdasarkan bukti yang sah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
“Yang salah tetap salah. Kalau ada bukti, dakwalah. Tetapi apabila satu laporan disimpan bertahun-tahun, sedangkan tuntutan RCI bagi isu-isu lain masih tidak diberi layanan yang sama, rakyat sudah tentu akan tertanya-tanya.
“Adakah ini benar-benar soal reformasi dan ketelusan, atau timing politik juga memainkan peranan,” tegasnya lagi.- UMNO Online
RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan
- MB Johor Bidas PH, Pelantikan Timbalan MMK Tidak Langgar Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.