50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN

50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN

50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN

PORT DICKSON, 24 Julai – Anak-anak muda di Negeri Sembilan menyambut baik manifesto Barisan Nasional (BN) untuk menyediakan 50,000 peluang pekerjaan sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Ketua Kampung Sungai Sekawang, Muhammad Hazezie Jamail, 38, berkata peluang tersebut perlu direbut anak-anak muda memandangkan ia merupakan satu inisiatif yang baik bagi memastikan golongan berkenaan mempunyai pekerjaan serta dapat menjana ekonomi setempat.

 

“Pada pandangan saya, sangat baiklah untuk penduduk-penduduk kampung terutamanya kampung saya, Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang dan Kampung Teluk. Lagipun di sini memang banyak anak muda.

“Kalau campur ketiga-tiga (jumlah anak muda) di kampung ini, anggarannya dalam 100 hingga 160 orang. Saya merupakan salah seorang penggali kubur yang mengelolakan urusan untuk tiga kampung.

“Kami bersama-sama Kampung Teluk, Pasir Panjang dan Sungai Sekawang bersatu apabila ada kematian. Jadi apabila ada peluang pekerjaan macam ini, rasanya sangat baiklah untuk anak-anak muda terutamanya di kawasan DUN Linggi ini,” katanya kepada UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Tak Habis-habis Melayu Sakau, Kempen PH Masih Meracau”


Beliau berkata, penyediaan peluang pekerjaan di negeri ini juga dapat membantu anak-anak muda untuk terus menetap di Negeri Sembilan tanpa perlu berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan.

“Kiranya nanti anak-anak muda tak keluar daripada kawasan dan dapat jana ekonomi, rasanya itulah yang terbaik. Apabila ada peluang pekerjaan ini, ia akan lebih menjana ekonomi mereka,” katanya.

Mengulas mengenai sokongan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Muhammad Hazezie berkata beliau tetap memilih calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli.

“Sudah tentu. Tak lain dan tak asing, calon nombor dua kita, Datuk Mohd Faizal. Dia memang orang sini. Saya berani jamin, sokongan memang solid.

“Sebab kalau kita nak minta bantuan melalui dia, tidak perlu pun nak hantar surat. Saya kadang-kadang hanya WhatsApp saja dan dia akan jawab, ‘Okey, tunggu saya datang.’ Itu yang bagusnya Datuk Faizal ini,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Zulfeeqar Mohd Azmi, 28, berkata usaha menyediakan 50,000 peluang pekerjaan merupakan langkah baik untuk memastikan anak-anak muda di Negeri Sembilan tidak perlu keluar dari negeri itu untuk mendapatkan pekerjaan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

RUU Pindaan Perkukuh Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual Rentas Sempadan


50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN

“Komen saya, eloklah dibuat macam itu. Supaya anak-anak muda yang ada di Negeri Sembilan ini tak perlu keluar daripada negeri, boleh cari kerja di sini dan dekat dengan keluarga. Eloklah dibuat macam itu, alhamdulillah.

“Apabila dibuat macam itu, ekonomi negeri insya-Allah akan lebih baik dan berkembang,” katanya.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada calon BN bagi DUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli, yang disifatkannya sebagai seorang pemimpin yang rendah diri, baik dan banyak membantu masyarakat setempat.

“Sebabnya, mengundi nanti sudah semestinya kita akan pilih Datuk Faizal. Dia seorang yang ‘humble’, dia baik orangnya. Saya suka dengan beliau. Beliau banyak tolong orang-orang di,” katanya.

Bagi Muhammad Firdaus Abu Bakar, 22, pula, inisiatif menyediakan 50,000 peluang pekerjaan mampu memberi manfaat kepada rakyat tempatan khususnya anak muda yang masih belum mempunyai pekerjaan.

50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN

“Pada pendapat saya, perkara itu baguslah untuk rakyat tempatan di Negeri Sembilan, terutama anak-anak muda yang tidak ada kerja. Mudahlah mereka dapat pekerjaan dan peluang kerja macam itu.

“Apabila anak-anak muda ada di sini, ekonomi akan lebih meningkat, naik dan berkembang,” katanya.

Muhammad Firdaus turut menyatakan sokongan kepada calon BN bagi DUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli, kerana menyifatkannya sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, rendah diri dan banyak membantu masyarakat di kawasan berkenaan.

“Pilih Datuk Faizal sebab dia bertanggungjawab dengan orang-orang kampung di sini. Dia ‘humble’ dan banyak membantu rakyat Negeri Sembilan, khususnya di Port Dickson dan DUN Linggi,” katanya.

Pada Selasa media melaporkan BN menyasarkan untuk mewujudkan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan baharu di Negeri Sembilan menerusi pembangunan sektor industri yang akan diperkasakan sekiranya diberi mandat mentadbir negeri itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran berkenaan dibuat berdasarkan potensi Negeri Sembilan yang mempunyai banyak kawasan perindustrian baharu selain kemasukan pelaburan langsung strategik. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker