PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu
PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu

KUALA PILAH, 23 Julai – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 di Negeri Sembilan yang sudah memasuki hari kelima terus hangat apabila pelbagai isu diketengah dalam membawa isu berkaitan rakyat.
Menerusi tinjauan lensa UMNO Online, kestabilan politik dan keupayaan menunaikan janji menjadi antara harapan utama pengundi muda pada PRN kali ini.
Bagi pengundi muda, Nurul Nabila Mohamad, 23, beliau tidak akan terpengaruh dengan manifesto yang hanya indah di atas kertas tetapi gagal diterjemahkan selepas pilihan raya.
“Saya berharap tidak kira siapa menang, pihak yang diberi mandat mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil, dekat dengan rakyat serta memajukan pembangunan di Negeri Sembilan.
“Saya tidak mahu lagi tertipu dengan apa-apa manifesto yang telah dijanjikan tetapi tidak dilaksanakan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Nurul Nabila yang juga graduan daripada universiti swasta turut menyeru golongan muda supaya memilih pemimpin yang berkaliber, sentiasa dekat dengan rakyat serta mengutamakan kebajikan masyarakat.
Beliau yang juga pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang turut berharap pengundi memiliih parti yang mempunyai trek rekod meyakinkan berdasarkan pengalaman mentadbir negara sejak merdeka.
“Saya harap orang muda memilih pemimpin yang fokus kepada kebajikan rakyat, khususnya golongan belia dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.
“Saya berharap pengundi dapat mengambil iktibar daripada apa yang berlaku pada PRU yang lalu serta melihat keadaan semasa sebelum membuat keputusan pada PRN kali ini,” katanya. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.