Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Ramli Mohd Nor berpandangan bahawa suara dan kepentingan masyarakat Orang Asli kini semakin mendapat perhatian dalam proses penggubalan dasar serta pembuatan keputusan negara, namun masih terdapat ruang yang perlu diperkukuhkan bagi memastikan penyertaan komuniti itu lebih bermakna.
Menurut Ahli Parlimen Cameron Highlands itu, pelbagai isu berkaitan pendidikan, pembangunan sosioekonomi, kesihatan, hak tanah adat dan kebajikan masyarakat Orang Asli telah dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen serta diberikan perhatian oleh kerajaan.
”Namun begitu, masih terdapat ruang yang perlu diperkukuhkan. Penyertaan masyarakat Orang Asli tidak seharusnya terhad kepada penerima dasar semata-mata, sebaliknya mereka perlu menjadi rakan strategik dalam merangka, melaksanakan dan menilai dasar yang memberi kesan kepada kehidupan komuniti mereka.
”Saya percaya bahawa penyertaan yang bermakna hanya dapat dicapai apabila suara masyarakat Orang Asli diangkat sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan, bukannya sekadar dirujuk selepas sesuatu dasar ditetapkan. Apabila komuniti diberi ruang untuk menyumbang idea, pengalaman dan pandangan, dasar yang dihasilkan akan menjadi lebih inklusif, adil dan mampan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Seterusnya, Ramli turut menegaskan bahawa masa depan Malaysia yang progresif memerlukan penyertaan semua lapisan masyarakat, justeru usaha memperkukuh penglibatan politik serta kepimpinan Orang Asli perlu terus diperkasakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Padu Jentera BN, Strategi Yang Tepat Resepi Rampas DUN Bahau
- PRN NS: Calon Diketengah BN Mampu Bawa Suara Rakyat – Shahrizat
Rekod Khidmat Terbaik… Mohd Asna Berpeluang Cerah Kekal Di DUN Lenggeng
“Memperkukuh penglibatan politik dan kepimpinan Orang Asli bukan sahaja penting untuk komuniti itu sendiri, malah merupakan sebahagian daripada usaha membina sebuah negara bangsa yang lebih inklusif, demokratik dan sejahtera,” katanya lagi.
Sebelum ini dalam status yang terdahulu, Ramli memaklumkan beliau sekali lagi berpeluang menyumbang pandangan dan pengalaman dalam sesi temu bual bagi penyelidikan bertajuk Pembinaan Kerangka Peningkatan Partisipasi Politik Orang Asli ke Arah Pembentukan Negara Bangsa Malaysia yang Progresif.

Jelasnya, kajian tersebut memberi tumpuan kepada faktor yang mempengaruhi penyertaan politik masyarakat Orang Asli, cabaran struktur dan institusi yang masih dihadapi, serta cadangan strategi bagi memperkukuh penglibatan komuniti itu dalam proses demokrasi dan pembuatan keputusan negara.
Justeru, beliau berharap hasil penyelidikan berkenaan dapat menjadi rujukan penting kepada kerajaan, institusi pendidikan serta semua pihak berkepentingan dalam merangka dasar yang lebih inklusif, sekali gus melahirkan lebih ramai pemimpin Orang Asli yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
“Penyertaan politik bukan sekadar soal memilih pemimpin, tetapi tentang memastikan setiap suara didengari, setiap komuniti dihargai dan setiap rakyat mempunyai peluang yang adil untuk membina masa depan Malaysia,” katanya. – UMNO ONLINE
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lot Generasi FELDA: Johor 15 Ribu, Pahang 16 Ribu… Negeri Sembilan 100 Lot Pun Tak Selesai
- Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh
You must be logged in to post a comment.