Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin

PERTANG, 22 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) dan penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata sambutan dan maklum balas yang diterimanya sepanjang siri pertemuan bersama rakyat pelbagai kaum menunjukkan mereka meletakkan harapan tinggi kepada BN untuk terus menerajui kawasan tersebut seterusnya mentadbir Negeri Sembilan.
Menurut beliau, selepas bertemu pelbagai lapisan masyarakat serta peniaga tempatan, rata-rata mereka menyuarakan keinginan agar kerajaan yang dipimpin kelak lebih memberi tumpuan kepada masa depan rakyat, khususnya dalam aspek ekonomi dan kos sara hidup.
“Saya dapati mereka mempunyai harapan yang besar kepada Barisan Nasional untuk terus memimpin di kawasan Pertang dan juga di Negeri Sembilan.
“Ada yang berkata kepada saya,”Tok, kali ini tolonglah bawa Negeri Sembilan ke arah landasan yang memikirkan soal masa depan rakyat dan ekonomi rakyat”.
“Saya lihat mereka sangat tertekan dengan keadaan ekonomi yang tidak begitu baik serta kos sara hidup yang semakin menghimpit. Mereka seolah-olah meletakkan sepenuh harapan kepada kepimpinan yang mempunyai hala tuju dan pengalaman mengurus kerajaan,” kata Jalaluddin.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saiful Yazan Fokus Lima Tumpuan Utama Bangunkan Johol
-
Blok Baharu MMC Perkukuh Melaka Sebagai Hab Pelancongan Kesihatan – Ab Rauf
HBP: Setiap Aduan Bukan Hanya Didengar, Tetapi Diambil Tindakan Hingga Selesai
Seterusnya Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, apabila rakyat ditanya mengenai pilihan mereka pada hari pengundian, kebanyakan yang ditemui menyatakan sokongan kepada BN.

“Apabila saya tanya nak undi siapa, mereka kata tentunya Barisan Nasional. Yang menyatakan perkara itu bukan sahaja orang lama, malah golongan muda daripada masyarakat Cina dan India.
“Saya fikir ini merupakan suara akar umbi yang perlu saya perjuangkan selepas 1 Ogos nanti,” ujarnya.
Tambah Jalaluddin, perjuangan BN bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya bagi memastikan mandat yang diberikan diterjemahkan kepada dasar dan tindakan yang memenuhi keperluan rakyat daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.
“Ini bukan semata-mata memenangi pilihan raya, tetapi memenangi dan mengisi keperluan serta kehendak rakyat daripada pelbagai kaum, lapisan dan golongan umur untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Insya-Allah saya bersama rakan-rakan akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang mampu menyelesaikan, jika tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian besar masalah yang sedang mereka hadapi,” katanya. – UMNO ONLINE
Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Padu Jentera BN, Strategi Yang Tepat Resepi Rampas DUN Bahau
- PRN NS: Calon Diketengah BN Mampu Bawa Suara Rakyat – Shahrizat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rekod Khidmat Terbaik… Mohd Asna Berpeluang Cerah Kekal Di DUN Lenggeng
You must be logged in to post a comment.