HBP: Setiap Aduan Bukan Hanya Didengar, Tetapi Diambil Tindakan Hingga Selesai
HBP: Setiap Aduan Bukan Hanya Didengar, Tetapi Diambil Tindakan Hingga Selesai

POH, 21 Julai – Kerajaan Negeri Perak komited memastikan setiap aduan yang dikemukakan rakyat bukan sekadar didengari, sebaliknya diambil tindakan sehingga selesai menerusi penganjuran Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) yang dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program berkenaan menjadi platform penting untuk memudahkan urusan rakyat apabila pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dihimpunkan di bawah satu bumbung bagi menyelesaikan pelbagai isu serta keperluan masyarakat.
“Di program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) Kerajaan Negeri Perak ini, kita santuni semua tak kira siapa. Rakyat tak perlu lagi turun naik ke banyak pejabat kerana semua urusan boleh diselesaikan di bawah satu bumbung.
“Inilah komitmen kita. Setiap aduan rakyat bukan hanya didengar, tetapi juga diambil tindakan sehingga selesai,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak turut memaklumkan bahawa Program Hari Bertemu Pelanggan siri kelima bagi tahun 2026 yang berlangsung di Bagan Datuk menerima sebanyak 153 aduan daripada orang ramai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030
- ‘Tak Banyak Alasan’ Bukti UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat
Katanya, sehingga pelaksanaan siri keempat sebelum ini, sebanyak 862 aduan telah direkodkan dengan 722 aduan atau 84 peratus berjaya diselesaikan, manakala baki selebihnya sedang dalam tindakan susulan oleh jabatan serta agensi berkaitan.
Dalam masa sama, beliau berkata penganjuran program tersebut turut diserikan dengan Jualan Sejahtera Rakyat dan Jualan Rahmah yang menawarkan barangan keperluan harian pada harga lebih rendah daripada pasaran bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Beliau berharap usaha berterusan kerajaan negeri melalui program seumpama itu akan terus memudahkan urusan rakyat, memperkukuhkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan serta membawa lebih banyak manfaat kepada seluruh rakyat Perak. – UMNO ONLINE
HBP: Setiap Aduan Bukan Hanya Didengar, Tetapi Diambil Tindakan Hingga Selesai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar
- UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus
You must be logged in to post a comment.