Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030

Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030

Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030

 

JOHOR BAHRU, 20 Julai – Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menegaskan komitmennya untuk terus memperkasa agenda perumahan rakyat selari dengan aspirasi Maju Johor 2030, dengan memastikan setiap projek yang diluluskan dilaksanakan mengikut jadual serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Beliau berkata demikian selepas memulakan penggal keduanya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor menerusi lawatan kerja bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Pangsapuri Desa Muafakat, Larkin, pagi tadi.

Menurut beliau, pendekatan turun padang akan terus menjadi keutamaan bagi melihat sendiri keadaan di lapangan, mendengar suara rakyat serta memastikan segala perancangan kerajaan diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan.

“Penggal kedua ini akan diteruskan dengan pendekatan turun padang, mendengar sendiri suara rakyat dan memastikan setiap isu yang dibangkitkan mempunyai tindakan susulan yang jelas.

“Saya mahu setiap projek yang telah diluluskan benar-benar bermula, bergerak mengikut jadual dan dipantau sehingga selesai. Tiada ruang untuk kerja bertangguh atau melepaskan tanggungjawab kerana akhirnya rakyat yang menerima kesannya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah


Dalam lawatan itu, beliau meninjau pelaksanaan projek mengecat flat awam yang merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Johor bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk, khususnya golongan B40.

Ujarnya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM50 juta bagi kerja-kerja mengecat flat kos rendah, flat kos sederhana rendah swasta dan flat awam di seluruh Johor melibatkan 26 lokasi, 170 blok serta 11,693 unit kediaman, yang dijangka memberi manfaat kepada hampir 46,772 penduduk.

Bagi Pangsapuri Desa Muafakat, kerja-kerja pengecatan yang bermula pada 15 Jun lalu dijadual siap pada 16 September depan dengan kemajuan fizikal projek kini mencecah 34.06 peratus.

Mohd Jafni berkata, usaha tersebut bukan sekadar memperindah bangunan, malah bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada komuniti.

Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030

Beliau turut menegaskan setiap agensi pelaksana dan kontraktor perlu memastikan projek disiapkan mengikut spesifikasi serta standard kualiti yang ditetapkan agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat dalam jangka panjang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hasrunizah Tekad Perkasa Agenda Wanita, Keluarga Demi Bangsa Johor


Katanya, komitmen itu akan terus digerakkan selari dengan agenda Maju Johor 2030, supaya kemajuan negeri bukan hanya dapat dilihat melalui projek pembangunan berskala besar, malah benar-benar dirasai sehingga ke pintu rumah rakyat.

“Kita mahu setiap rumah menjadi tempat berlindung yang selesa, setiap kawasan flat kelihatan lebih bersih, ceria dan terurus, serta setiap keluarga Bangsa Johor menikmati kehidupan yang lebih baik.”

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, semua agensi pelaksana, pihak berkuasa tempatan, kontraktor dan jawatankuasa penduduk yang bersama-sama menjayakan usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti di negeri itu. – UMNO Online

Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker