Perkukuh Gerak Kerja, Sedia Hadapi Cabaran Politik Baharu– Akmal Zharif
Perkukuh Gerak Kerja, Sedia Hadapi Cabaran Politik Baharu– Akmal Zharif

TAMBUN, 19 Julai – Pemuda UMNO Tambun perlu berani melakukan perubahan dalam pendekatan politik dan gerak kerja sekiranya mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti, kata Ketuanya, Akmal Zharif Ahmad Kamal.
Beliau berkata, landskap politik yang semakin mencabar menuntut seluruh saf Pemuda UMNO agar bermuhasabah, berani mengakui kelemahan serta menyesuaikan diri dengan kehendak dan aspirasi rakyat masa kini.
Menurutnya, politik hari ini tidak lagi boleh digerakkan dengan pendekatan lama, sebaliknya memerlukan cara berfikir, cara bekerja dan pendekatan yang lebih dekat dengan denyut nadi masyarakat.
“Jika kita benar-benar mahu mengembalikan keyakinan rakyat, kita mesti berani mengakui, berani berubah dan berani menyesuaikan diri dengan landskap politik yang semakin mencabar.
“Sudah tiba masanya kita meninggalkan pendekatan lama dan membina kekuatan baharu yang lebih progresif, inklusif serta berorientasikan tindakan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun 2026, Sabtu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Zaidy Tekad Pertahan DUN Jeram Padang, Teruskan Khidmat Kepada Rakyat
- PRN NS: Onn Hafiz Yakin Calon BN Mampu Bawa Suara Rakyat, Teruskan Agenda Pembangunan
- Anak Jati Palong, Pak Mus Tekad Terus Berusaha Sehabis Baik Demi Rakyat
Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf
Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Clr. Datuk Haji Mazlan Abd. Rahman yang turut menyampaikan amanat kepada seluruh barisan Pemuda.
Akmal Zharif berkata, amanat yang disampaikan menjadi panduan penting dalam memperkukuhkan gerakan Pemuda UMNO agar terus relevan dan mampu memenuhi harapan masyarakat.
Beliau turut mengulangi penegasan bahawa perjuangan parti perlu bersifat lebih inklusif dengan membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat, mendengar suara akar umbi serta mengutamakan penyelesaian terhadap isu rakyat.
“Rakyat hari ini tidak lagi mahu mendengar retorik atau janji yang indah. Mereka mahu melihat tindakan, kesungguhan dan hasil kerja yang benar-benar memberi manfaat kepada kehidupan mereka,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pemuda UMNO Bahagian Tambun akan terus memperkasa pelbagai inisiatif khusus untuk golongan muda, antaranya menyediakan tuisyen percuma kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan akademik.
Selain itu, katanya, program Beras Prihatin Pengantin Muda turut diperkenalkan sebagai satu inisiatif kebajikan bagi membantu pasangan pengantin muda menerusi sumbangan keperluan asas sebagai tanda sokongan dalam memulakan kehidupan berkeluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Semangat Jentera BN Kukuh, Keyakinan Hadapi Pilihan Raya Meningkat
- Jentera BN Mesti Kerja Keras, Pastikan Gelombang Biru Mara Di Negeri Sembilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan
Beliau berkata, pelaksanaan program-program berkenaan membuktikan komitmen Pemuda UMNO Bahagian Tambun dalam mendekati masyarakat melalui khidmat yang memberi impak secara langsung.
Pada masa sama, Akmal Zharif merakamkan penghargaan kepada seluruh perwakilan, pemerhati, jawatankuasa pelaksana serta ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Tambun yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang persidangan berlangsung.
“Kehadiran, pandangan dan semangat yang ditunjukkan menjadi bukti bahawa Pemuda UMNO Bahagian Tambun terus utuh, bersatu dan bersedia menggalas amanah perjuangan demi agama, bangsa dan negara,” katanya. – UMNO Online
Perkukuh Gerak Kerja, Sedia Hadapi Cabaran Politik Baharu– Akmal Zharif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mandat Besar, Tiada Ruang ‘Berbulan Madu’ Untuk Exco Johor
- BN Sabah Gerakkan Jentera Bantu Kemenangan Di Negeri Sembilan
Tidak Perlu Gunakan Isu Adat Sebagai Bahan Kempen – Tok Mat Hasan
You must be logged in to post a comment.