Semangat Jentera BN Kukuh, Keyakinan Hadapi Pilihan Raya Meningkat
Semangat Jentera BN Kukuh, Keyakinan Hadapi Pilihan Raya Meningkat

REMBAU, 19 Julai – Semangat luar biasa yang dipamerkan jentera Barisan Nasional (BN) pada proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan khususnya di kawasan Rembau mencerminkan iltizam tinggi seluruh kepimpinan dan akar umbi parti untuk memastikan kemenangan demi meneruskan agenda membela rakyat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, beliau turut berkesempatan menghadiri majlis penamaan calon yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N26 Chembong, N27 Rantau dan N28 Kota.
Menurut beliau, kehadiran ribuan penyokong yang mengiringi calon-calon BN ke Pusat Penamaan Calon membuktikan kekuatan serta perpaduan yang terus menjadi teras perjuangan parti.
“Alhamdulillah, suasana cukup meriah dengan lautan penyokong yang hadir memberikan sokongan padu kepada calon-calon BN. Bersama-sama mengiringi calon menuju ke Pusat Penamaan Calon dalam semangat perjuangan dan perpaduan yang begitu membanggakan,” katanya.
Ia turut diserikan dengan kehadiran Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta calon BN bagi N27 Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan serta pimpinan BN lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Zaidy Tekad Pertahan DUN Jeram Padang, Teruskan Khidmat Kepada Rakyat
- PRN NS: Onn Hafiz Yakin Calon BN Mampu Bawa Suara Rakyat, Teruskan Agenda Pembangunan
- Anak Jati Palong, Pak Mus Tekad Terus Berusaha Sehabis Baik Demi Rakyat
Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf
Seterusnya Rais berkata, penyertaan jentera BN dari Melaka, Sabah serta seluruh warga BN Parlimen Rembau memperlihatkan komitmen tinggi dan kesediaan jentera parti untuk bekerja sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya.

Beliau turut melahirkan harapan agar segala usaha yang digerakkan dipermudahkan serta membuahkan kemenangan kepada BN.
“Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan sokongan rakyat, Barisan Nasional akan terus diberi mandat untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara,” katanya.- UMNO Online
Semangat Jentera BN Kukuh, Keyakinan Hadapi Pilihan Raya Meningkat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mandat Besar, Tiada Ruang ‘Berbulan Madu’ Untuk Exco Johor
- BN Sabah Gerakkan Jentera Bantu Kemenangan Di Negeri Sembilan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak Perlu Gunakan Isu Adat Sebagai Bahan Kempen – Tok Mat Hasan
You must be logged in to post a comment.