Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan

PORT DICKSON, 19 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi percaya bahawa semangat gelombang biru dari Negeri Johor sedang dibawa dengan jayanya ke Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah hadir untuk bertemu dengan jentera parti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Sabtu.

“Saya berada di Port Dickson untuk membantu rakan-rakan di sini untuk memenangkan calon-calon Barisan Nasional (BN).

“Saya turut mengesyorkan para jentera untuk membantu memenangkan rakan-rakan daripada Perikatan Nasional (PN) juga.

“Kena ada cara gerak kerja untuk kita menangkan kesemua calon-calon di lima DUN di bawah Parlimen Port Dickson ini,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut, beliau turut berpandangan bahawa para jentera Parlimen Port Dickson berada dalam keadaan yang baik untuk melaksanakan tugas mereka bagi memastikan kemenangan calon-calon BN di Parlimen tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Melaka Sedia Memimpin Gelombang Baharu Industri Semikonduktor – Ab Rauf


“Saya lihat di bawah kepimpinan calon DUN Linggi merangkap Ketua UMNO Bahagian Port Dickson, Datuk Mohd Faizal Ramli, perkara itu akan dapat dilaksanakan.

“Saya lihat jentera UMNO di sini berada dalam keadaan baik walaupun pada hari pertama, dan saya percaya gelombang biru di Johor Insya-Allah bakal dibawa ke sini juga,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mohd Faizal akan berdepan saingan tiga penjuru menentang Menteri Besar Negeri Sembilan daripada Pakatan Harapan (PH), Aminuddin Harun, serta calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Zambri Md Said.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak Perlu Gunakan Isu Adat Sebagai Bahan Kempen – Tok Mat Hasan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker