PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja

PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja

PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja

KUALA PILAH, 19 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan tohmahan dibawa pihak lawan khususnya melabel pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak boleh dibiarkan, apatah lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya.

Beliau berkata lebih memburukkan keadaan apabila tohmahan seperti derhaka atau tebuk atap oleh pihak lawan terhadap kepimpinan utama Negeri Sembilan ketika ini.

“Sekarang ini pemimpin-pemimpin utama Negeri Sembilan difitnah, dilabel penderhaka… berat itu, malah dilabel orang yang tebuk atap.

“Saya hendak cerita dengan orang di sini. DNA UMNO/ Barisan Nasional bukan DNA penderhaka macam mereka, sedangkan UMNO ini lahir di Istana Johor. Kita tidak akan derhaka dengan institusi raja,” katanya.

Onn Hafiz berkata demikian ketika Majlis Perjumpaan Jentera BN Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir Pengarah Pilihan Raya BN Parlimen Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hasrunizah Tekad Perkasa Agenda Wanita, Keluarga Demi Bangsa Johor


Mengulas lanjut, beliau turut sama mengimbau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang menyaksikan pelbagai serangan dan tohmahan dilemparkan terhadap beliau dan kerajaan negeri.

Katanya pengalaman berdepan serangan tersebut menjadi pengajaran penting agar jentera BN di Negeri Sembilan tidak berdiam diri sebaliknya tampil menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.

“Macam-macam gelaran diberikan kepada saya panggil kita budak-budak… rupanya bila dia cubit kaki sebelah kiri, sebelah kanan terasa. Yang dia cubit bukan saya sorang tetapi seluruh anak muda Johor. Sebab itu ramai anak muda Johor tampil membantu di Negeri Sembilan.

“Di sini, perkara yang sama turut dilakukan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin kita. Jadi kalau pemimpin Negeri Sembilan atau anda tidak menjawab, siapa lagi yang akan menjawab?

“Saya bimbang jika kita tidak menjawab, perkara yang sama akan berulang buat kali kedua. Ibu-ibu dan ayah-ayah, jangan kita lupa apa yang berlaku pada tahun 2018.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan


“Fitnah akan menguasai… mungkin jentera tidak percaya. Anak-anak muda di luar tu ada yang termakan, jadi jangan main-main,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

PRN: Pemimpin UMNO Bukan DNA Penderhaka Institusi Raja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker