PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah

TAMPIN, 19 Julai – Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa memaklumkan calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan terus memperhebatkan gerak kerja kempen bagi bertemu seramai mungkin pengundi dalam usaha meraih sokongan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata meskipun calon yang diketengahkan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhamizan Bizar dan Repah, Koh Kim Swee telah dikenali rakyat di kawasan namun usaha mendekati rakyat perlu diteruskan.

“Walaupun kita sudah buat program-program sebelum ini, namun tidak cukup untuk kita turun lagi ke bawah, untuk kita berjumpa dengan seramai mungkin pengundi meyakinkan mereka.

“Mereka mahu mengundi BN tapi kita hendak calon-calon ini meyakinkan mereka bahawa tidak ada sebab untuk menolak calon BN. Saya yakin kedua-dua calon tempatan ini mampu menyumbang kepada kemenangan BN di Gemencheh dan Repah,” katanya ketika ditemui UMNO Online usai penamaan calon semalam.

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah

Mengulas mengenai Suhaimizan, beliau berkata rekod perkhidmatan cemerlang serta pengalaman yang dimiliki calon tersebut memberi kelebihan kepada BN dalam usaha memenangi hati pengundi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Percaya Gelombang Biru Dari Johor Akan Tiba Di Negeri Sembilan


Katanya, sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat, Suhaimizan telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi penduduk setempat.

“Saya berkeyakinan dengan calon BN ini… anak muda, berbanding lawan yang sudah agak berumur,” ujar beliau.

Bagi DUN Repah pula, beliau berkata calon BN, Koh Kim Swee, bukanlah individu asing dalam kalangan masyarakat Tampin kerana telah lama aktif membantu penduduk walaupun pernah tewas dalam pilihan raya sebelum ini.

“Walaupun beliau pernah bertanding dua kali dan tidak menang, beliau tidak pernah meninggalkan Repah. Beliau terus bekerja membantu masyarakat dan aktif bersama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) di Tampin,” katanya.

Sementara itu Mohd Isam turut sama menolak dakwaan yang melabel BN sebagai tidak setia kepada institusi diraja, sebaliknya menegaskan parti sentiasa menghormati sistem pemerintahan dan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak Perlu Gunakan Isu Adat Sebagai Bahan Kempen – Tok Mat Hasan


Beliau juga menyeru pengundi supaya membuat penilaian berdasarkan fakta serta tidak mudah terpengaruh dengan pandangan pihak luar yang tidak memahami adat negeri ini.

“Saya harap pengundi bijak menilai. Jangan dengar pandangan orang luar yang bercakap mengenai adat Negeri Sembilan kerana mereka tidak memahaminya. Biarlah rakyat Negeri Sembilan sendiri menentukan masa depan negeri ini.

“Insya-Allah, rakyat sedar bahawa tiada pilihan yang lebih baik selain BN untuk mentadbir Negeri Sembilan,” katanya.

Untuk rekod, DUN Gemencheh dan Repah menyaksikan pertembungan dua penjuru menentang calon daripada Pakatan Harapan. – UMNO Online

PRN NS: Calon Tempatan Jadi Kekuatan BN Di Gemencheh, Repah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hasrunizah Tekad Perkasa Agenda Wanita, Keluarga Demi Bangsa Johor

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker