Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan
Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan

TAMPIN, 19 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii berpandangan Dap ketika ini lebih mengutamakan kepentingan jawatan berbanding memperjuangkan isu rakyat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh malah menyifatkan tindakan pemimpin parti itu mengeluarkan ugutan terhadap kerajaan sekadar strategi rundingan politik.
“Apabila mereka mendapat jawatan fungsi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), mereka dapat jawatan menteri, rupanya mereka tak ugut lagi mereka larikan ‘goalpost’.
“Jadi penyokong Dap kena fahamlah apa yang kesalahan mereka, kekalahan di Sabah itu hanyalah mainan, negosasi jawatan.
“Kita lihat hari ini, mereka ugut lagi masa dekat Johor itu kononnya Nga Kor Ming hendak letak jawatan dan segalanya. Lepas itu tapi boleh lari daripada goalpost… kita tahu nafsu mereka, nafsu mereka sebenarnya nak jawatan,” katanya.
Razlan berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh dan Repah semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Gerak Kerja, Sedia Hadapi Cabaran Politik Baharu– Akmal Zharif
- Pilih BN Untuk Pastikan Kesejahteraan Rakyat Terbela – Zaifulbahri
Hasrunizah Tekad Perkasa Agenda Wanita, Keluarga Demi Bangsa Johor
Sementara itu beliau menambah, Dap sering menggunakan isu perkauman dan sekolah vernakular bagi meraih sokongan politik.
Katanya lagi, pemimpin Dap juga tidak mengendahkan isu-isu dihadapi rakyat yang kini berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.
“Kita lihat hari ini mereka tidak cakap pun apa-apa pun tentang SST (cukai jualan dan perkhidmatan) dan lain-lain. Padahal mereka tahu perkara itu adalah perkara yang membebankan rakyat.
“Sebagai contoh saya bagitahu dahulu kalau Barisan Nasional hendak naikkan sesuatu yang melibatkan kos sara hidup rakyat, seperti bil elektrik, kita akan ada libat urus bersama dengan masyarakat.
“Namun hari ini TNB (Tenaga Nasional Berhad) naik bil tanpa rakyat diberikan penjelasan… rakyat tidak tahu apa-apa pun. Tiba-tiba naik… tapi bila rakyat marah, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) hari ini hendak menghukum pula rakyat yang berceritakan tentang kenaikan-kenaikan ini.
“Jadi bagi pandangan saya, ini semua adalah pentadbiran yang caca-marba. Sepatutnya mereka fokus menyelesaikan isu rakyat,” ujar beliau. – UMNO Online
Oleh: Nurul Saadah Latib
Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jadi Kerusi Tumpuan, Mohd Faizal Tekad Pertahan DUN Linggi
- Mohamed Khaled Prihatin Aspirasi Generasi Kedua FELDA Air Tawar 2
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.