Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar
Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh seluruh kepimpinan dan ahli Wanita UMNO perlu terus diperkukuhkan sebagai pemacu kekuatan parti dalam memastikan UMNO kekal relevan, bersatu serta terus mendapat kepercayaan rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kesatuan, komitmen dan semangat yang dipamerkan oleh Wanita UMNO merupakan aset penting dalam memperkukuhkan organisasi parti di setiap peringkat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Puchong yang berlangsung di Dewan MBSJ PU7, Taman Puchong Utama, Ahad.
Menurut beliau, mesyuarat perwakilan bukan sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan parti, sebaliknya menjadi medan penting untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyatukan tekad serta menyusun gerak kerja yang lebih mantap dalam menghadapi cabaran politik semasa.
“Semoga semangat perjuangan ini terus diperkukuhkan demi memastikan UMNO kekal relevan, bersatu dan terus mendapat kepercayaan rakyat,” katanya.
Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Satim Diman, bersama Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda Bahagian yang sama-sama menzahirkan sokongan kepada perjalanan mesyuarat berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman Politik: PH Boleh, Bila BN Salah? Gulam Bidas AMH
- Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan
Mohd Sharkar turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Puchong, Hasnah Dian atas jemputan yang diberikan serta mengucapkan tahniah kepada seluruh saf kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Puchong yang hadir dengan penuh semangat, disiplin serta komitmen tinggi terhadap perjuangan parti.
Beliau berkata, kehadiran yang memberangsangkan itu jelas membuktikan Wanita UMNO terus memainkan peranan penting sebagai tonggak kekuatan parti dalam mendekati masyarakat serta menyampaikan aspirasi perjuangan UMNO kepada rakyat.
Tambah beliau, semangat kebersamaan dan permuafakatan yang dizahirkan sepanjang mesyuarat perwakilan itu perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan melalui gerak kerja yang tersusun, berterusan dan berfokus bagi memperkukuhkan sokongan rakyat terhadap parti.
Jelasnya lagi, dengan iltizam dan kesatuan yang utuh dalam kalangan seluruh jentera, UMNO diyakini mampu terus memperkasakan peranannya sebagai sebuah parti yang konsisten memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara, sekali gus berdepan dengan penuh yakin cabaran politik pada masa hadapan. – UMNO ONLINE
Semangat Perjuangan Wanita UMNO Terus Diperkukuh – Sharkar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030
- ‘Tak Banyak Alasan’ Bukti UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.