UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan
UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan

SHAH ALAM, 20 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail menegaskan UMNO merupakan parti yang telah melahirkan ramai negarawan dan Perdana Menteri Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan, membuktikan rekod kepimpinan parti dalam menerajui pembangunan serta kestabilan negara.
Menurutnya, kejayaan UMNO melahirkan pemimpin bertaraf negarawan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya hasil daripada perjuangan yang berteraskan pengalaman, disiplin organisasi dan kesetiaan terhadap parti serta negara.
Katanya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula terus mengutamakan agenda penyatuan menerusi Kerajaan Perpaduan dan gagasan ‘Rumah Bangsa Malaysia’ sebagai usaha memperkukuh perpaduan serta kestabilan politik negara.
“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula terus mengutamakan agenda penyatuan menerusi Kerajaan Perpaduan serta gagasan ‘Rumah Bangsa Malaysia’, selain menampilkan kematangan politik dengan mengamalkan semangat memaafkan dan membuka ruang perdamaian demi memastikan perjuangan parti terus kukuh.
“Namun dalam apa juga keadaan, prinsip ‘Satu Pintu, Satu Kepimpinan’ perlu dihormati kerana disiplin organisasi merupakan asas kepada kekuatan dan kestabilan UMNO.
“Hanya dengan kesatuan yang utuh dan disiplin tinggi, UMNO akan terus kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu serta mampu melahirkan lebih ramai pemimpin berkualiti untuk memimpin negara pada masa hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang 2026, Ahad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persefahaman Politik: PH Boleh, Bila BN Salah? Gulam Bidas AMH
- Dap Utamakan Kepentingan Jawatan Berbanding Isu Rakyat – Razlan
Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Seri Dr Armand Azha Abu Hanifah; Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin; serta seluruh barisan perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Subang.
Fariz yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang turut mengingatkan bahawa Khairy sendiri pernah dibentuk dan diberikan ruang oleh UMNO sehingga dikenali sebagai pemimpin nasional.

“Khairy Jamaluddin sendiri pernah dibentuk dan diberi ruang oleh UMNO untuk berkembang sebagai pemimpin nasional. Tanpa wadah perjuangan yang menjadi ‘rumah bangsa’ itu, perjalanan politik beliau mungkin tidak akan membawanya ke pentas kepimpinan yang dikenali rakyat.
“Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berpotensi menggalas amanah sebagai Perdana Menteri pada masa hadapan berdasarkan merit, kemampuan dan penerimaan rakyat.
“Tanpa wadah perjuangan yang membina kepimpinan seperti UMNO, perjalanan politik beliau mungkin tidak akan sampai ke tahap yang dikenali seperti sekarang,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jadi Kerusi Tumpuan, Mohd Faizal Tekad Pertahan DUN Linggi
- Mohamed Khaled Prihatin Aspirasi Generasi Kedua FELDA Air Tawar 2
Mengulas landskap politik semasa, Fariz Hazurin berkata semakin ramai rakyat menyuarakan agar diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) demi membuka jalan kepada kestabilan politik yang lebih kukuh.
“Jika benar kerajaan yakin masih mendapat sokongan rakyat, maka kembalikan mandat kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum. Biarlah rakyat sendiri membuat pilihan, bukannya dipaksa menerima keadaan yang ada.
“Kekecewaan rakyat berpunca daripada pelbagai janji yang masih gagal ditunaikan serta hala tuju pentadbiran yang dilihat semakin mengelirukan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fariz menegaskan bahawa janji yang dibuat sebelum pilihan raya tidak boleh sekadar menjadi modal politik semata-mata.
“Jangan hanya lantang ketika meraih undi, tetapi menjadi pekak apabila sudah berada di tampuk kuasa.
“Rakyat mahu hak dan kepentingan mereka terus dipertahankan, bukannya dipinggirkan selepas mandat diberikan,” tegasnya. – UMNO Online
UMNO Terus Lahirkan Pemimpin Negara, Disiplin Parti Kunci Kekuatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mohd Jafni Komited Perkasa Perumahan Rakyat Selari Agenda Maju Johor 2030
- ‘Tak Banyak Alasan’ Bukti UMNO Putrajaya Terus Bersama Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.