Madrid berpesta rai juara dunia

Madrid berpesta rai juara dunia

Madrid berpesta rai juara dunia
LEBIH Dua juta gegar Madrid sambut juara dunia. -FOTO Reuters

Madrid: Kira-kira dua juta penyokong membanjiri jalan utama di ibu negara Sepanyol bagi meraikan kejayaan skuad kebangsaan muncul juara Piala Dunia 2026 menerusi perarakan bas terbuka yang berlangsung dalam suasana penuh gilang-gemilang, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Luis de la Fuente menerima sambutan wira sebaik tiba di Madrid dari Amerika Syarikat, sehari selepas menewaskan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan pada aksi final di Stadium New York New Jersey.

Pemain menikmati sambutan meriah sepanjang perarakan menuju ke Dataran Cibeles, lokasi tradisi meraikan kejayaan pasukan kebangsaan, sebelum diraikan di pentas khas bersama puluhan ribu penyokong yang membanjiri kawasan berkenaan.

Setiap pemain bersama ketua jurulatih diperkenalkan seorang demi seorang sambil mengenakan kemeja-T bertulis We Are Champions, dengan penyokong menyanyikan lagu pilihan masing-masing.

Penyanyi terkenal, Shakira turut mengirimkan ucapan tahniah menerusi rakaman video yang dipaparkan kepada pasukan dan penyokong.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu KWAP Rugi RM200 Juta: Dedahkan Hasil Siasatan Penuh Secara Telus


“Sepanyol menunjukkan kepada dunia erti kerjasama dengan satu matlamat dan satu hati,” katanya.

De la Fuente pula menyifatkan anak buahnya sebagai pasukan terbaik dunia sambil mengingatkan penyokong bahawa kekuatan sebenar hadir melalui perpaduan.

“Kita lebih kuat apabila bersatu,” katanya.

Kemuncak sambutan menyaksikan pemain tengah Manchester City, Rodri, sekali lagi menjulang trofi Piala Dunia selepas bergambar bersama seluruh pemain dan pegawai pasukan.

Sebelum memulakan perarakan, skuad La Roja terlebih dahulu menghadap Raja Felipe VI serta keluarga diraja sebelum diraikan Perdana Menteri, Pedro Sanchez.

Dalam ucapannya, Raja Felipe memuji semangat juang skuad Sepanyol yang berjaya menggabungkan kebijaksanaan, keberanian dan ketabahan untuk menawan dunia.

Madrid berpesta rai juara dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

HBP: Setiap Aduan Bukan Hanya Didengar, Tetapi Diambil Tindakan Hingga Selesai

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker