Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin
Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin

SEREMBAN, 23 Julai – Pencalonan wakil Puteri UMNO sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu membuktikan komitmen parti dalam melahirkan barisan pelapis kepimpinan yang berwibawa dan berpotensi meneruskan kesinambungan perjuangan parti pada masa hadapan.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, usaha tersebut merupakan salah satu proses untuk menjamin kesinambungan perjuangan parti.
“Oleh kerana kita tahu bahawa dengan jumlah kerusi yang kita bertanding, kita tetap memilih seorang wakil Puteri untuk berada di dalam barisan calon kita. Insya-Allah, ia bukan soal bilangan, tetapi ada wakil Pergerakan Puteri UMNO yang kita letakkan.
“Ini merupakan komitmen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan proses melahirkan pelapis di kalangan anak-anak muda termasuk di kalangan Pergerakan Pemuda. Kita ada wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemuda, dan juga Puteri termasuklah Wanita.
“Jangan lupa, kita juga ada ketua-ketua dan timbalan ketua bahagian yang jadi calon… yang juga usia mereka pun baru 40-an, ada di awal 50-an. Jadi ini merupakan salah antara proses yang kita sediakan pelapis yang berusia di hujung 20-an sehinggalah bermula 30-an ke peringkat 50-an dan sebagainya,” katanya kepada UMNO Online.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, komitmen dan sokong yang diberikan oleh penduduk tempatan kepada calon DUN Labu, Siti Umairah Hasim amat positif.

“Hari ini saya datang melawat untuk kawasan calon DUN Labu, Maira Hasim, calon nombor tiga dan saya lihat beliau begitu aktif bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Malam ini sahaja saya difahamkan, beliau perlu berada di lima tempat lagi.
“Saya melihat komitmen beliau yang begitu baik dan dan saya lihat juga sokongan yang diberikan oleh penduduk-penduduk di kawasan ini seperti pada malam ini. Saya yakin dengan sokongan yang diberikan, harap ini akan berterusan sehingga 1 Ogos nanti untuk memberi kemenangan kepada calon BN, iaitu calon nombor tiga Maira Hasim,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Zambry menyeru para jentera untuk bekerja sebagai satu pasukan dan mengelakkan permasalahan dalam demi memenangkan calon BN.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lot Generasi FELDA: Johor 15 Ribu, Pahang 16 Ribu… Negeri Sembilan 100 Lot Pun Tak Selesai
- Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh
“Apa yang paling mustahak ialah kita kena bekerja sebagai satu pasukan. Ya, kita yakin dengan dengan gerak kerja yang yang baik tiada masalah dalaman sesama kita… dengan adanya semangat itu, Insya-Allah.
“Kita yakin dengan kerjasama, pendekatan dan strategi yang baik. Insya-Allah, kemenangan akan berpihak kepada kita. Doakan yang terbaik,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas DUN dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
You must be logged in to post a comment.