Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN

PERTANG, 22 Julai – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa kerjasama dan persefahaman politik orang Melayu merupakan faktor penting bagi mengelakkan perpecahan undi yang akhirnya memberi kelebihan kepada pihak lawan dalam pilihan raya.
Menurut beliau, pengalaman bertanding sebanyak enam kali di kerusi Parlimen membuktikan bahawa pertandingan sesama parti yang bertunjangkan sokongan orang Melayu hanya akan melemahkan peluang untuk mencapai kemenangan.
Noh berkata, sepanjang pengalamannya bertanding, terdapat beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang majoriti pengundinya bukan Melayu dan beliau tidak pernah memenangi kawasan berkenaan, sama ada ketika berdepan Pas, Semangat 46 mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut beliau, ketika Pas masih bersama Dap dalam pakatan pembangkang, sokongan di kawasan majoriti bukan Melayu memihak kepada gabungan tersebut, sekali gus menyukarkan kemenangan Barisan Nasional (BN).
“Saya lawan dengan Pas, saya kalah hampir 1,500 undi di PDM berkenaan. Apabila Pas keluar daripada Pakatan Rakyat dan bertanding sendiri, Pas hanya memperoleh tidak sampai 100 undi. Ke mana perginya undi itu? Ia beralih kepada Bersatu yang ketika itu bersama Dap,” jelas bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lot Generasi FELDA: Johor 15 Ribu, Pahang 16 Ribu… Negeri Sembilan 100 Lot Pun Tak Selesai
- Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh
Noh berkata demikian ketika sesi ceramah isu semasa di PDM Felda Pasoh 1, yang turut dihadiri Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad dan Ketua Peneroka FELDA Wilayah bagi Wilayah Raja Alias Datuk Zainal Abidin Ahmad.
Katanya, keadaan tersebut menunjukkan corak sokongan di kawasan majoriti bukan Melayu banyak dipengaruhi gabungan politik yang disertai parti-parti berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, harapan utama BN untuk memperoleh kemenangan adalah menerusi PDM yang majoriti pengundinya Melayu.
Namun Noh mengingatkan bahawa pertandingan tiga penjuru di kawasan tersebut menyebabkan undi orang Melayu berpecah, sekali gus menjejaskan peluang kemenangan.
“Kita mungkin menang beberapa PDM Melayu, tetapi kemenangan itu tidak cukup besar untuk menampung kekalahan yang besar di satu PDM majoriti bukan Melayu. Akhirnya kita tetap kalah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Padu Jentera BN, Strategi Yang Tepat Resepi Rampas DUN Bahau
- PRN NS: Calon Diketengah BN Mampu Bawa Suara Rakyat – Shahrizat
Rekod Khidmat Terbaik… Mohd Asna Berpeluang Cerah Kekal Di DUN Lenggeng
“Punca utamanya ialah apabila kita bertembung sesama sendiri. Sebab itu penyatuan orang Melayu amat penting jika mahu memperkukuhkan kekuatan politik dan memastikan kemenangan dalam pilihan raya,” katanya.
Dalam pada itu, Noh turut menyifatkan Negeri Sembilan berpotensi menjadi penerus kepada kebangkitan sokongan rakyat kepada BN sebagaimana Gelombang Biru yang telah mula dizahirkan di Johor.
“Di Negeri Johor, Gelombang Biru telah pun berjalan dan saya yakin, insya-Allah, Negeri Sembilan akan mencipta rekod baharu mengenai Gelombang Biru di negara kita,” katanya yang turut menyuarakan keyakinan bahawa momentum tersebut akan terus berkembang ke negeri-negeri lain dan menjadi pemangkin menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Selanjutnya Noh berkata, rekod pentadbiran BN yang telah terbukti membangunkan negara serta membawa kemajuan secara adil kepada semua kaum menjadi asas keyakinan rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada gabungan itu. – UMNO ONLINE
Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
- Kerugian KWAP Amat Serius, Wujudkan Jawatankuasa Khas – Bastien
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh
You must be logged in to post a comment.