Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi

LABUAN, 22 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan penyediaan sebuah Air Ambulance (Helikopter Perubatan Kecemasan) dan sebuah Water Ambulance (Bot Perubatan Kecemasan) khusus untuk kegunaan rakyat Wilayah Persekutuan Labuan.
Beliau berkata, keperluan terhadap kedua-dua aset kecemasan itu semakin mendesak memandangkan kedudukan Labuan sebagai sebuah pulau yang terpisah dari tanah besar serta berperanan sebagai hab industri minyak dan gas negara.
Menurut beliau, keputusan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan sebuah Water Ambulance untuk kegunaan rakyat di Langkawi membuktikan kerajaan memahami kepentingan kemudahan perubatan kecemasan di kawasan pulau.
“Labuan juga mempunyai keperluan yang sama, malah lebih mendesak. Sebagai sebuah pulau dan pusat industri minyak serta gas, akses kepada perkhidmatan perubatan kecemasan yang pantas amat penting bagi menyelamatkan nyawa,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Rafi menjelaskan bahawa Air Ambulance mampu memainkan peranan penting dalam situasi kecemasan seperti kemalangan di pelantar minyak, insiden di kapal, kecemasan di pulau-pulau berhampiran, bencana alam serta pemindahan pesakit kritikal yang memerlukan rawatan segera ke hospital pakar di Kota Kinabalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Padu Jentera BN, Strategi Yang Tepat Resepi Rampas DUN Bahau
- PRN NS: Calon Diketengah BN Mampu Bawa Suara Rakyat – Shahrizat
Rekod Khidmat Terbaik… Mohd Asna Berpeluang Cerah Kekal Di DUN Lenggeng
Pada masa sama, katanya, Water Ambulance juga diperlukan bagi mempercepatkan tindak balas terhadap kes-kes kecemasan di perairan sekitar Labuan.
Beliau turut menegaskan bahawa Labuan bukan sahaja berstatus Wilayah Persekutuan, malah merupakan hab kewangan antarabangsa dan pusat industri minyak serta gas yang menyumbang lebih RM1 bilion setahun kepada hasil negara.
“Sehubungan itu, adalah wajar rakyat Labuan turut menikmati kemudahan kesihatan kecemasan yang setanding dengan negeri dan wilayah lain,” katanya.

Beliau merayu Kerajaan Persekutuan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Kewangan, agar mempertimbangkan permohonan tersebut demi kepentingan rakyat.
Menurutnya, penyediaan Air Ambulance dan Water Ambulance bukan sekadar melibatkan pembelian aset, sebaliknya merupakan pelaburan penting untuk menyelamatkan nyawa.
“Nyawa rakyat Labuan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Mereka berhak menikmati kemudahan kesihatan kecemasan yang terbaik sebagaimana dinikmati rakyat di negeri dan wilayah lain,” katanya lagi. – UMNO Online
Labuan Wajar Dilengkapi Air Ambulance dan Water Ambulance – Mohd Rafi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lot Generasi FELDA: Johor 15 Ribu, Pahang 16 Ribu… Negeri Sembilan 100 Lot Pun Tak Selesai
- Rakyat Letak Harapan Tinggi Kepada BN Di Negeri Sembilan – Jalaluddin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan Baik Dengan Rakyat Beri Kelebihan Kepada Ismail Pertahan Juasseh
You must be logged in to post a comment.