Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas

Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas

Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas
Suspek diberkas di bilik sewanya selepas melarikan seutas rantai emas dari sebuah kedai di utara Pattaya. – Facebook

BANGKOK – Seorang perompak ditahan gara-gara tidak sengaja meninggalkan kad pengenalannya (IC) semasa merompak sebuah kedai emas di Thailand, lapor portal berita Thaiger.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.45 petang (waktu tempatan) di sebuah pusat beli-belah di utara Pattaya, baru-baru ini.

Beberapa pekerja kedai memberitahu polis bahawa suspek mengancam untuk membunuh mereka. Suspek berkata, dia memerlukan wang untuk melunaskan hutang perjudian.

Suspek yang hanya dikenali sebagai Q, 34, itu melarikan seutas rantai emas bernilai lebih 130,000 baht (RM15,735), namun kad pengenalannya tercicir semasa meninggalkan kedai, membolehkan polis mengenal pasti identitinya dengan mudah.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan Q meminta untuk mencuba rantai tersebut sebelum mengancam seorang pekerja dan melarikan diri bersama barang kemas.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyertaan Masyarakat Orang Asli Dalam Dasar Negara Perlu Diperkukuh


Q diberkas selepas polis melakukan serbuan di sebuah bilik sewa di Soi Map Song, namun rantai yang dicuri gagal ditemukan.

Q memberitahu polis bahawa dia menjual rantai itu di sebuah kedai emas di Soi Noen Plub Wan pada harga 117,000 baht (RM14,162) dan menggunakan sebahagian besar wang untuk membayar hutang.

Dia mendakwa kira-kira 65,000 baht (RM7,868) masih lagi tersimpan di dalam akaun banknya.

Polis masih meneruskan siasatan lanjut, manakala suspek berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 336 Undang-undang Jenayah. – AGENSI

Kantoi gara-gara tertinggal IC semasa samun kedai emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker