‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah

JELEBU, 24 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berpandangan terlalu awal cadangan mengangkat persefahaman Perikatan Nasional dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai sebuah gabungan malah adalah tidak wajar kerana kerjasama tersebut masih berada di peringkat awal dan belum benar-benar diuji.
Menurutnya, terdapat pihak yang dilihat terlalu ghairah membuat pelbagai andaian sehingga berisiko mengganggu momentum kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang semakin mendapat tempat di hati pengundi.
“Saya berpendapat perkara itu masih belum relevan. Gabungan ini masih baharu dan sokongannya masih samar-samar. Harap mana-mana pimpinan mahupun mereka ‘jangan terlebih sudu daripada kuah’.
“Saya menyokong gabungan Melayu, akan tetapi gelombang hari ini adalah gelombang BN, dan saya tidak mahu gelombang ini dihakis dengan cara yang tidak jujur,” katanya.
Saifullah menegaskan, sebarang kerjasama politik tidak boleh dibina atas persepsi atau kepentingan sempit, sebaliknya mesti berasaskan keikhlasan, kepercayaan serta komitmen yang benar-benar mahu memperkukuhkan perjuangan demi rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin
- PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu
RUU Pindaan Perkukuh Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual Rentas Sempadan

“Jika ada pihak yang cuba menumpang populariti atau kejayaan BN tanpa membuktikan keikhlasan dalam kerjasama, tindakan itu hanya akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pengundi.
“Hubungan ini perlukan keikhlasan dan kejujuran. Di medan sekarang inilah yang patut kedua-dua gabungan melahirkan sokongan yang padu demi masa depan sesebuah negeri,” tegasnya.
Beliau turut mengingatkan bahawa fokus utama ketika ini ialah memastikan momentum sokongan terhadap BN terus diperkukuh, bukannya membuka ruang kepada polemik yang boleh mengelirukan rakyat atau menjejaskan keyakinan terhadap gabungan yang masih dalam proses membina keserasian.
“Hanya kerjasama yang ikhlas, saling menghormati dan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya mampu menjamin kemenangan serta kestabilan politik pada PRN Negeri Sembilan,” ujarnya.
Terdahulu, beliau bersama jentera Pemuda BN Pasir Puteh telah berkampung di Parlimen Jelebu, khususnya di DUN Jementah, selama lebih dua minggu bagi membantu menggerakkan jentera BN sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan tanpa gagal. – UMNO Online
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Di Negeri Sembilan Adalah Hasil ‘Air Tangan’ BN – Abdul Rahman
- RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 Perkukuh Perlindungan Mangsa
- Mohd Asna Berazam Realisasikan Pembinaan Sekolah Di Lenggeng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.