Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad

REMBAU, 23 Julai – Barisan Nasional (BN) bakal melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dijangka esok dengan membawa tema ‘Sambung Yang Tergendala’.
Pengarah PRN BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, manifesto tersebut akan menyambung segala agenda yang telah diasaskan oleh BN sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“Dalam kita punya jangkaan, manifesto akan dilancarkan pada malam esok. Apa yang keluar dan diviralkan mengatakan bahawa kita menciplak ataupun ambil daripada Sabah itu tidak betul. Tidak pernah kita buat begitu. Itu cuma perang psikologi mereka sahaja.
“Sebenarnya manifesto itu kalau saya boleh cakap sikit sebelum pelancarannya malam esok, ia merupakan manifesto yang akan menyambung kerja kita yang tergendala.
“Selepas kita kerajaan BN tewas pada 2018, sebab asasnya dah ada. Cuma kita nak perkemaskan lagi dan menyambung apa yang telah pun tergendala selepas BN tewas pada 2018,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Calon Puteri Di DUN Labu, Bukti Komitmen BN Lahirkan Pelapis Pemimpin
- PRN: Anak Muda Ambil Iktibar Pengalaman Lalu, Tidak Mahu Lagi Tertipu
RUU Pindaan Perkukuh Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual Rentas Sempadan
Mohamad yang juga calon BN dan penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berkata, beliau yakin bahawa parti akan membuat keputusan tuntas dalam menentukan siapa ‘poster boy’ pada PRN kali ini.
“Kita belum lagi bercakap pasal ‘poster boy’ kerana biarlah kita kempen elok-elok. Selepas itu, saya yakin bahawa parti akan dapat memilih dan membuat keputusan siapa yang boleh kita wakilkan untuk menjadi ‘poster boy’ ataupun mentadbir sekiranya insya-Allah BN menang pada pilihan raya kali ini.
“Apa yang penting ialah jangan kita terlampau cakap pasal ‘poster boy’, tetapi tak buat kerja, tak jalankan kempen dengan baik. Maka kita pastikan kita menang. ‘Let we pass the post first’,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar momentum gerak kerja kempen ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan oleh para jentera bagi memenangkan calon-calon BN pada PRN kali ini.
“Alhamdulillah petang ini saya berkelapangan dalam sesi kita menjalankan kempen untuk menghadapi PRN Negeri Sembilan yang ke-16. Petang ini saya datang ke Pedas Tengah di bawah pusat daerah mengundi (PDM) Pedas Tengah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Cukup-cukuplah Fitnah Tabung Haji’ – Mohd Razlan
- Kerjasama Dan Persefahaman Elak Undi Berpecah, Kukuhkan Kemenangan BN
Jangan Campur Adukkan PRN, PRU Dan Kerajaan Pusat – Dr Asyraf
“Ini dalam kawasan DUN Chembong. DUN Chembong akan diwakili oleh Datuk Zaifulbahri Idris selaku calon BN yang akan mempertahankan kerusi beliau pilihan raya kali ini. Alhamdulillah saya lihat daripada selepas penamaan calon, kempen kita berjalan dengan baik.
“Gerak kerja jentera tersusun dan respons daripada rakyat pun nampaknya amat baik sekali. Jadi, saya harap supaya gerak kerja kempen ini diteruskan dan dipertingkatkan lagi oleh jentera kita.
“Calon akan berjumpa dan menyantuni seramai mungkin pengundi di dalam kawasan untuk kita pastikan DUN Chembong ini akan dapat dikekalkan sebagai DUN BN,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Di Negeri Sembilan Adalah Hasil ‘Air Tangan’ BN – Abdul Rahman
- RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026 Perkukuh Perlindungan Mangsa
- Mohd Asna Berazam Realisasikan Pembinaan Sekolah Di Lenggeng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.