Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

HULU TERENGGANU, 24 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang berlangsung di Dewan Akademi Binaan Malaysia, Jenagor.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat, serta seluruh barisan kepimpinan, para perwakilan dan ahli-ahli UMNO Bahagian Hulu Terengganu atas kejayaan menganjurkan persidangan tersebut.

 

Menurut beliau, kehadiran serta komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh perwakilan membuktikan bahawa semangat perjuangan UMNO terus subur, kukuh dan tidak pernah luntur dalam kalangan ahlinya.

Wan Rosdy turut menyeru seluruh warga parti agar terus mengetepikan segala perbezaan, memperkukuhkan saf perjuangan serta mengutamakan semangat kebersamaan demi memastikan UMNO terus kekal relevan dan kukuh dalam mendepani cabaran semasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Tak Habis-habis Melayu Sakau, Kempen PH Masih Meracau”


“Ketepikan perbezaan, eratkan saf dan teruskan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh amanah,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

Beliau juga menegaskan bahawa perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli merupakan kunci kepada kekuatan parti untuk terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Insya-Allah, dengan semangat kebersamaan dan perpaduan yang utuh, UMNO akan terus menjadi wadah perjuangan yang membela agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi. – UMNO Online

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker