Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka China

Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka China

Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka China
Aksi pemain beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah.

Kuala Lumpur: Cabaran Malaysia di Kejohanan Badminton Terbuka China berakhir selepas beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah terkandas di suku akhir sekali gus menyaksikan impian untuk beraksi di peringkat seterusnya terkubur.

Pasangan ranking kelima dunia itu terpaksa akur kepada kehebatan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang berada di ranking keempat dunia selepas tewas dalam pertarungan dua set di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Changzhou, hari ini.

Pearly-Thinaah yang juga juara Masters Indonesia berdepan tentangan sengit daripada pasangan pilihan ketiga kejohanan itu sebelum tunduk 16-21, 16-21 dalam tempoh 46 minit.

Pada set pertama, wakil negara cuba memberikan tekanan kepada Fukushima-Matsumoto namun pasangan Jepun itu lebih tenang mengawal permainan untuk memastikan kemenangan 21-16.

Memasuki set kedua, Pearly-Thinaah berusaha bangkit dengan meningkatkan tempo permainan, namun lawan sekali lagi berjaya mengekalkan momentum untuk menutup aksi dengan keputusan sama 21-16.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah


Selepas perlawanan, Thinaah mengakui masih banyak perkara perlu diperbaiki selepas mereka kembali bergandingan di pentas kompetitif selepas tempoh yang agak lama tidak beraksi bersama di gelanggang.

Menurut pemain berusia 28 tahun itu, pasangan Jepun beraksi dengan baik dalam memberikan tekanan terutama ketika mata-mata penting yang akhirnya menyaksikan jurang mata semakin melebar.

“Secara keseluruhannya, saya rasa memang banyak perkara yang perlu kami perbaiki. Sebab dah agak lama juga kami tak beraksi bersama di gelanggang.

“Pemain Jepun beraksi dengan sangat baik untuk memberi tekanan kepada kami, terutamanya sewaktu kami cuba mengejar mata. Pada mata-mata penting itu mereka betul-betul menekan kami, dan itulah yang membawa kepada jurang mata yang besar di akhir perlawanan,” katanya, ketika ditemubual BWF.

Bagaimanapun, Thinaah tetap melihat sisi positif selepas mereka berjaya menamatkan perlawanan tanpa mengalami sebarang kecederaan sambil menegaskan aspek kesihatan pemain menjadi keutamaan.

“Kami gembira dapat menamatkan perlawanan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, sebab kesihatan dan kecederaan adalah keutamaan kami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Tak Habis-habis Melayu Sakau, Kempen PH Masih Meracau”


“Kami belum berpuas hati, tetapi gembira kerana masih boleh meneruskan perjalanan dan ada satu lagi perlawanan minggu depan. Jadi kami mahu fokus pada perlawanan itu,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan Pearly-Thinaah muncul wakil terakhir Malaysia yang meneruskan cabaran pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 berkenaan selepas beberapa wakil negara lain tersingkir lebih awal.

Sebelum ini, perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao gagal melangkah lebih jauh selepas tewas kepada pemain China, Weng Hong Yang pada pusingan kedua.

Turut mengakhiri cabaran ialah beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong serta beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Chen Tang Jie-Clarissa San.

Kekalahan Pearly-Thinaah sekali gus menutup tirai kempen Malaysia di Terbuka China tanpa wakil di separuh akhir, namun pasangan itu tetap menjadi sandaran utama negara dalam misi memburu kejayaan pada kejohanan akan datang.

Pearly-Thinaah terkandas di suku akhir Terbuka China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker