Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh

Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh

Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh

TAMPIN, 24 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar menyifatkan perjalanan kempen setakat ini berjalan lancar dengan maklum balas yang menggalakkan daripada masyarakat di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tampin berkata, selepas enam hari berkempen, sambutan yang diterima daripada masyarakat setempat amat menggalakkan, termasuk daripada Melayu, Cina, India dan pengundi muda.

 

“Alhamdulillah, kita melihat perkembangan yang sangat baik. Sokongan masyarakat di DUN Gemencheh semakin meningkat, termasuk daripada orang Melayu, Cina dan India dan orang muda.

“Sokongan ini memberi keyakinan kepada kita bahawa BN mampu mengekalkan kemenangan di DUN Gemencheh, insya-Allah,” katanya.

Suhaimizan berkata demikian ketika ditemui UMNO Online ketika menerima kunjungan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan ke Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh.

Mengulas kerjasama dalam BN dan Perikatan Nasional (PN), Suhaimizan berkata kesepaduan tersebut menjadi kekuatan utama dalam menghadapi PRN kali ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah


Menurutnya, kerjasama erat antara semua parti yang terlibat diterjemahkan melalui gerak kerja kempen, ceramah dan kehadiran pimpinan tertinggi yang turun membantu jentera di DUN Gemencheh.

“Itulah kelebihan kita di Negeri Sembilan. Kerjasama antara parti-parti komponen BN dan PN bekerja keras bersama-sama sepanjang kempen pilihan raya, termasuk dalam penganjuran ceramah dan program kempen.

“Alhamdulillah, pemimpin daripada kedua-dua gabungan juga turun padang bagi membantu kempen di DUN Gemencheh,” ujar beliau.

Suhaimizan pada PRN ini berhadapan saingan dua penjuru daripada Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, manakala pengundian awal pada 28 Julai. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker