Hilang sejak Ahad, warga emas ditemui maut di kawasan paya

Hilang sejak Ahad, warga emas ditemui maut di kawasan payaHilang sejak Ahad, warga emas ditemui maut di kawasan paya

KEMAMAN: Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak Ahad lalu akhirnya terjawab selepas ditemui maut di sebuah kawasan paya berhampiran Kampung Baru Neram 1, Cheneh dekat sini, hari ini.

Mayat Abdullah Besar, 70, dijumpai pasukan bomba sekitar jam 11.20 pagi kira-kira 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang dibuka untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Pegawai Penguasa Bomba Mohd Hafizul Mohamad, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 6.40 petang 19 Julai lalu berhubung insiden kehilangan mangsa.

“Mangsa dikatakan keluar sendirian dari rumah saudaranya kira-kira jam 7 pagi Ahad lalu dan tidak pulang hingga laporan dibuat.

“Operasi SAR memasuki hari keempat ini membabitkan sembilan anggota BBP Cheneh, selain Pasukan Khas Operasi Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), Unit K9 serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bersama bantuan penduduk kampung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat


“Operasi dijalankan dengan anggota dibahagikan kepada dua kumpulan yang menumpukan pencarian di sekitar kawasan Perasing dan ladang ternakan ayam, membabitkan radius hingga 10 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba akhirnya menjumpai mangsa di kawasan paya sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Hilang sejak Ahad, warga emas ditemui maut di kawasan paya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suhaimizan Terus Dekati Semua Lapisan Pengundi Di Gemencheh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker