HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan

HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan

HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan

SEREMBAN, 24 Julai – Program HAWA Hak menjadi platform untuk memperkasa wanita dan keluarga menerusi penerangan mengenai hak mereka, selain membuka ruang kepada masyarakat di peringkat akar umbi menyuarakan isu serta keperluan yang boleh diketengahkan kepada pihak berkuasa.

Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha tersebut adalah untuk memastikan polisi-polisi kerajaan mengenai hak wanita dapat disampaikan kepada rakyat jelata.

 

“Program hari ini di bawah NGO HAWA, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga. Kita selalu padang selalu bukan hanya ketika musim berkempen sahaja. Kita membawa isu-isu yanh kita rasakan bahawa rakyat jelata, terutamanya ahli-ahli keluarga khususnya wanita mesti ketahui.

“Kita juga ‘mengutip’ isu-isu di peringkat akar umbi untuk diketengahkan kepada pihak berkuasa. Kadangkala polisi-polisi kerajaan ini tidak sampai kepada rakyat jelata seperti di kampung-kampung dan luar bandar. Pada masa yang sama, kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu tahu apa isu-isu yang perlu diberi perhatian. Itulah kerja kita, HAWA sebagai perantara.

“Hari ini kita berada di Lenggeng, membawa program Hak. Sebab di bawah HAWA, kita ada tujuh fokus utama antaranya HAWA Hak. Amat mustahak untuk wanita dan ahli keluarga termasuk kaum bapa, untuk mengetahui hak-hak mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah


“Hari ini kita memberi penekanan kepada kebahagiaan wanita sama ada wanita itu bekerja atau suri rumah untuk mengetahui hak-hak mereka supaya tenang melayari kehidupan. Wanita yang berilmu adalah wanita yang mampu untuk memimpin keluarganya,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, banyak manfaat yang diperoleh oleh rakyat sepanjang program berlangsung dan ia juga memberikan impak positif.

“Program kita di bawah HAWA Hak dibawakan oleh salah seorang ahli majlis kita iaitu Haiza Mariena. Mereka turun ke padang untuk bersama-sama dengan wanita dan keluarga yang ada pada hari ini, memberi penerangan dan juga membuka slot soal jawab. Jadi apabila kita ada program-program seperti ini, ia membawa banyak manfaat macam komunikasi ‘one-to-one’.

“Ya, saya lihat program seperti ini memberi impak yang amat baik. Apabila bilangan peserta tidak terlalu ramai sangat mereka mempunyai keberanian untuk bersoal jawab. Jadi, kita nampak bahawa program seperti ini sangat memberi impak. Alhamdulilah.

“Fokus kita adalah untuk memastikan wanita dan keluarga itu mendapat ilmu yang terbaik. Kita turun ke akar umbi membawa suara penaung iaitu Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau amat prihatin dengan mereka yang ada di luar bandar terutamanya untuk mencurahkan ilmu kepada wanita dan ahli keluarga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Tak Habis-habis Melayu Sakau, Kempen PH Masih Meracau”


“Jadi apabila kita turun ke padang, kita membawa suara, visi perjuangan Datuk Seri Zahid supaya seluruh lapisan masyarakat mendapat ilmu yang terbaik,” katanya lagi.

HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan

Tambahnya, program HAWA turut diserikan dengan kehadiran isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

“Dalam kita padang untuk bersama-sama dengan rakyat, kita dapati ramai daripada mereka mempunyai keinginan untuk bertemu dengan isteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, berangkap Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis.

“Sebab tu ada beberapa program HAWA kita menjemput Datin Seri Hamidah untuk berkongsi dengan santai, bagaimana untuk menjadi isteri mithali, seorang ibu dan lain-lain. Penerimaan di peringkat akar umbi amat baik. Beliau juga hadir pada hari ini, bersantai dengan para peserta yang ada pada hari ini.

“Kita juga adakan Ziarah Kasih Datin Seri Hamidah. Mereka amat teruja apabila Datin Seri Hamidah turun. Keberadaan Datin Seri Midah untuk sesi Ziarah Kasih amat menyentuh hati terutamanya apabila bertemu mereka yang uzur,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker