Enam cedera kilang terbakar di Kulai
Enam cedera kilang terbakar di Kulai

KULAI: Enam individu cedera dengan dua daripadanya melecur sebanyak 50 dan 10 peratus dalam kebakaran di sebuah kilang memproses anodizing (salutan logam dan aluminium melalui proses elektrolisis) di Kawasan Perindustrian Sawit Baru, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Fauzi Awang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 petang sebelum sepasukan anggota dari BBP Kulai dan BBP Bandar Baru Kulai dikerahkan ke lokasi.
Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 2.11 petang dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah kilang jenis kekal yang menjalankan proses anodizing.
“Kebakaran membabitkan dua mesin polishing dengan anggaran kemusnahan sebanyak 80 peratus bagi setiap mesin.
“Kesan kebakaran turut menyebabkan letupan pada mesin berkenaan selain mengakibatkan kira-kira 50 peratus struktur bangunan kilang runtuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
Beliau berkata tindakan pemadaman awal dilakukan oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) kilang yang terdiri daripada empat anggota menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran.
Katanya, pasukan bomba kemudian meneruskan operasi pemadaman yang berakhir kira-kira jam 3.09 petang.
“Kebakaran menyebabkan dua pekerja asing lelaki masing-masing berusia 30-an melecur hampir 50 peratus dan 10 peratus.
“Empat lagi mangsa membabitkan dua pekerja lelaki tempatan berusia 20an dan 40an serta dua pekerja wanita berusia 20an termasuk salah seorang daripada pekerja asing turut dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata seorang mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala lima lagi diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini untuk rawatan lanjut.
Enam cedera kilang terbakar di Kulai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan
- MB Johor Bidas PH, Pelantikan Timbalan MMK Tidak Langgar Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.