Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi

PORT DICKSON, 24 Julai – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan menzahirkan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan terus kekal di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi.
Ini kerana katanya, respons yang diterima dari masyarakat terhadap calon BN bagi kerusi DUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli adalah amat baik.
“Malam ini saya bersantai dengan anak-anak muda dan juga masyarakat di Kampung Sungai Sekawang… ber-BBQ, bersembang dengan anak-anak muda dan masyarakat di sekitar kawasan ini. Alhamdulillah, respons untuk calon kita, calon BN N32 Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli sangat positif.
“Saya lihat mereka kenal Datuk Faizal. Beliau mempunyai ‘service’ dan trek rekod baik, selalu membantu masyarakat di Linggi terutamanya di Sungai Sekawang ini. Sudah pastilah ini memberikan satu kelebihan kepada calon kita.
“Mereka lihat Datuk Faizal pun sudah lama berkhidmat di DUN Linggi dan pengalaman yang amat luas dari segi berkhidmat untuk rakyat. Saya kira rata-rata anak muda di sini pun memang memberi sokongan penuh kepada beliau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mengapa Laporan RCI Tabung Haji Hanya Didedahkan Sekarang?
- 50,000 Peluang Pekerjaan Jadi Tarikan, Anak Muda Tetap Pilih Calon BN
Warga UMNO Diseru Perkukuh Saf, Terus Berkhidmat Kepada Rakyat
“Satu kelebihan Datuk Faizal ni adalah beliau pun bekas Exco Kerajaan Negeri dan mempunyai prestasi yang amat baik. Dan itu juga memberikan kelebihan kepada beliau ya, untuk meneruskan perkhidmatan di sini,” katanya kepada UMNO Online.
Tegasnya, beliau yakin bahawa BN akan dapat mengekalkan DUN Linggi meskipun berdepan dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
“Ini adalah kubu kuat BN. Walaupun kali ini berlawan dengan Menteri Besae Negeri Sembilan, saya amat yakin bahawa masyarakat di sini lebih mengutamakan orang tempatan, pernah berjasa, yang ada trek rekod yang baik iaitu Datuk Faizallah.
“Kita harap semua anak muda, masyarakat dan pengundi di DUN Linggi ini akan keluar mengundi pada 12 Ogos nanti, seterusnya akan memberikan undi serta sokongan kepada calon nombor dua, Datuk Mohd Faizal,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa persefahaman di antara BN dan Perikatan Nasional (PN) dilihat akan memberikan kelebihan kepada calon-calon yang bertanding.
Ujarnya, persefahaman tersebut dilakukan untuk memastikan orang Melayu bersatu hati dan tidak berpecah sehingga menguntungkan pihak lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto BN ‘Sambung Yang Tergendala’ – Mohamad
- Abdul Azeez Seru Pengundi India Berikan ‘Shakti’ Kepada Calon BN, Mereka Akan Berbakti
‘Jangan Terlebih Sudu’, Kerjasama Perlu Diperkukuhkan Dahulu – Saifullah
“Ini adalah satu persefahaman antara BN dan juga PN. Ia dimeterai dengan niat dan juga tujuan supaya orang Melayu tidak berpecah serta bersatu hati. Ini juga adalah satu model penyatuan baik yang saya kira supaya kita tidak berpecah.
“Apabila kita ada persefahaman PN, sudah pasti ini memberikan kelebihan kepada calon BN ataupun PN. Saya kira persefahaman ini diterima dengan amat positif oleh pengundi dan juga masyarakat. Ini juga yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat, parti politik yang besar, contohnya BN dan juga PN yang orang kenal satu parti Melayu, UMNO dan juga Pas dapat bersama-sama dalam satu wadah di Negeri Sembilan ini.
“Ini adalah satu formula yang baik untuk menang dan seterusnya akan menjurus kepada kestabilan politik di Negeri Sembilan sekiranya diberi mandat nanti,” katanya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan pada 28 Julai, manakala hari pengundian 1 Ogos, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 5 Jun lepas setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- HAWA Hak: Perkasa Wanita Dengan Ilmu, Bawa Isu Akar Umbi Kepada Kerajaan
- MB Johor Bidas PH, Pelantikan Timbalan MMK Tidak Langgar Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.