Chegubard bebas tuduhan menghasut
Chegubard bebas tuduhan menghasut

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard daripada pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut yang didakwa akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dua tahun lepas.
Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrul Hisham, 48, di akhir kes pendakwaan.
“Mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.
Badrul Hisham didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di sini, pada 12.15 tengah hari 6 April 2024 mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor mewakili Badrul Hisham.
– BERNAMA
Chegubard bebas tuduhan menghasut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
You must be logged in to post a comment.