Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti

Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti

Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti

KUALA PILAH, 26 Julai – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berpandangan Barisan Nasional (BN) mempunyai hak untuk bertanding atas kapasiti sendiri dalam pilihan raya.

Menurut beliau, keputusan BN dalam pilihan raya khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan adalah selaras dengan amalan demokrasi dan tidak melanggar sebarang persefahaman antara parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

“Kita tetap berpegang kepada prinsip perjuangan. UMNO/BN mempunyai identiti dan perjuangan sendiri, keutamaan perjuangan yang dipertahankan sejak dahulu hingga kini.

“Apabila tiba masanya proses demokrasi berlangsung, kita akan bertanding berlandaskan prinsip dan perjuangan parti.

“Justeru, tidak timbul isu bahawa penyertaan kita dalam pilihan raya menyalahi semangat persahabatan atau melanggar sebarang perjanjian. Pendirian kita jelas, iaitu kerajaan sedia ada akan terus didukung selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika ditemui UMNO Online.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan


Menurut beliau lagi, Pakatan Harapan (PH) seharusnya menghormati pendirian yang diambil BN serta tidak membuat andaian yang boleh menimbulkan salah faham.

Sementara itu, beliau berpandangan PH sepatutnya menunjukkan kematangan dalam mendepani perkembangan politik dengan tidak melemparkan tuduhan yang boleh mengeruhkan keadaan politik.

“Sepatutnya PH menjadi parti yang matang tapi kita apa nak cakap, memang BN lebih matang daripada PH. Sebab BN yang muncul dengan nama Perikatan sampailah wujud BN sejak daripada merdeka.

“Kami lebih tua daripada PH, kami lebih berpengalaman lebih arif. Dan itu boleh menjadi ukur bagaimana kita meladani keadaan politik sekarang.

“Tapi prinsip tetap prinsip, UMNO memperjuangkan Islam, Melayu dan juga Raja-raja Melayu. BN adalah payung kepada rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya. Jadi, tak ada apa yang pelik pun dengan keadaan sekarang,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker