Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000
Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000

JAKARTA – Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi mengesahkan ganjaran tunai sebanyak 10 juta rupiah (RM2,281) yang ditawarkan dalam pertandingan menangkap perompak dan penjenayah datang daripada wang peribadinya, lapor agensi berita ANTARA.
Penggunaan kewangan sendiri itu bukti komitmen Dedi untuk segera campur tangan dalam membanteras peningkatan jenayah jalanan, selain menghidupkan semula rondaan menerusi pemberian ganjaran dalam komuniti.
“Tidak, wang itu datang daripada saya,” kata Dedi di kawasan Arcamanik, Bandung semalam.
Beliau percaya pendekatan berasaskan insentif kewangan sangat relevan dengan budaya Indonesia, yang lazimnya didorong oleh bentuk penghargaan secara terbuka.
“Tradisi negara kita adalah ganjaran. Di sekolah, jika seseorang mendapat tempat pertama dan diumumkan, mereka semakin rajin belajar. Jika terdapat pertandingan di rantau ini, mereka juga menjadi lebih bersemangat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
Selain meningkatkan kesedaran awam, Dedi menekankan bahawa skim ganjaran tunai direka secara psikologi untuk membendung peningkatan tindakan vigilante di lapangan.
“Logiknya mudah. Contohnya, jika pencuri motosikal ditangkap, jangan pukulnya sampai mati. Dengan pertandingan ini, ganjaran 10 juta rupiah akan diterima jika individu terbabit menyerahkan pelaku kepada polis,” tambah Dedi.

Menurutnya, individu yang ingin menerima ganjaran tersebut mesti menyerahkan pelaku ke balai polis dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat dipukul. – AGENSI
Gabenor anjur pertandingan tangkap penjenayah, ganjaran lebih RM2,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Chennah Perlukan ADUN Sentiasa Turun Padang, Mudah Ditemui – Calon BN
- PRN NS: Calon Linggi Optimis Pertahan Kerusi, Terus Dapat Sokongan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung
You must be logged in to post a comment.