Emas 74kg, wang RM77 juta dalam rumah bekas pendakwa raya dirampas
Emas 74kg, wang RM77 juta dalam rumah bekas pendakwa raya dirampas

JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menahan bekas pendakwa raya anti rasuah selepas merampas wang tunai bernilai berjuta-juta dolar dan lebih 70 kilogram jongkong emas dari rumah dan hartanah miliknya, kata seorang pegawai.
Ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sudah lama bergelut dengan gejala rasuah dan menahan ramai pegawai awam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Febrie Adriansyah didakwa melakukan pengubahan wang haram semasa berkhidmat sebagai ketua pendakwa raya anti rasuah Indonesia,” kata Penolong Peguam Negara bagi Pengawasan, Rudi Margono kepada pemberita semalam.
Febrie meletak jawatan pada 11 Julai lalu selepas memegang jawatan itu selama lebih empat tahun, berikutan serbuan ke atas hartanah, termasuk rumahnya di luar Jakarta.
Polis merampas wang tunai berjumlah AS$19 juta (RM77.7 juta) dalam pelbagai mata wang dan 74 kilogram jongkong emas bernilai jutaan dolar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
Selepas disoal siasat selama berjam-jam, Febrie menafikan sebarang salah laku lewat semalam dan mendakwa bahawa beliau adalah mangsa ‘penjenayahan’ dalam kenyataan kepada saluran televisyen tempatan.
Peguamnya, Febri Diansyah berkata, anak guamnya berharap agar proses undang-undang boleh berjalan dengan adil.
Siasatan terhadap Febrie dimulakan oleh polis dan diserahkan kepada pakar-pakar antirasuah di bekas pejabatnya. – AFP
Emas 74kg, wang RM77 juta dalam rumah bekas pendakwa raya dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Chennah Perlukan ADUN Sentiasa Turun Padang, Mudah Ditemui – Calon BN
- PRN NS: Calon Linggi Optimis Pertahan Kerusi, Terus Dapat Sokongan Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung
You must be logged in to post a comment.