SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha

KUALA PILAH, 26 Julai – Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP), Dr. Masliha Harun, menyertai program Ziarah Kesihatan bersama Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, S. Leza Md. Yasin, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama sebagai usaha menyantuni masyarakat serta mendekati rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurutnya, program tersebut bukan sekadar memberi perhatian terhadap aspek kesihatan penduduk, malah menjadi platform untuk menyelami sendiri keperluan rakyat serta menyampaikan mesej bahawa BN sentiasa mengutamakan kebajikan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
“Program seperti ini membuktikan bahawa perjuangan BN bukan hanya tertumpu kepada kempen pilihan raya semata-mata, sebaliknya memberi penekanan yang konsisten terhadap khidmat bakti, kebajikan serta kesejahteraan rakyat.
“Pendekatan turun padang seperti ini membolehkan kami mendengar sendiri suara rakyat, mengenal pasti permasalahan mereka dan berusaha mencari penyelesaian yang terbaik demi kesejahteraan bersama.
“Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta kepercayaan antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Chennah Perlukan ADUN Sentiasa Turun Padang, Mudah Ditemui – Calon BN
- PRN NS: Calon Linggi Optimis Pertahan Kerusi, Terus Dapat Sokongan Rakyat
Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung
Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan program tersebut.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir terutama kepada Pengerusi PDM Pekan Lama yang menjemput team SWP iaitu Datuk Bibi Sharliza dan bertungkus-lumus membantu menjayakan program Ziarah Kesihatan ini. Semangat kebersamaan serta komitmen yang ditunjukkan menjadi bukti kekuatan jentera BN di akar umbi.
“Semoga kemenangan menjadi milik calon BN, S. Leza Md. Yasin, demi meneruskan khidmat bakti kepada rakyat Pilah,” katanya lagi.
Turut hadir menjayakan program itu ialah Pengerusi PDM Pekan Lama merangkap Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid; Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Datuk Norhayati Omar; dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahida Zarik Khan.
Hadir sama Ketua Wanita UMNO Negeri Selangor, Datuk Halimaton Saadiah Bohan; sahabat-sahabat Ketua Wanita Bahagian Kota Bharu, Wan Salmiah, para Ketua Cawangan serta jentera tempatan yang bersama-sama turun padang menyantuni penduduk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tabung Haji: Ambil Tindakan Tanpa Pilih Bulu – Hafiz Ariffin
- Mohd Sumali Yakin BN Akan Kekal Di Linggi
- PRN N. Sembilan: BN Cadang Wujudkan Pegawai Khas Orang Asli Di Pejabat MB
Tidak Janjikan Bulan Bintang, BN Hamparkan Khidmat Terbaik Untuk Negeri Sembilan
Pasukan SWP yang turut membantu menjayakan program itu terdiri daripada Dr. Fareed Remmy (Dr Pilah), Tuan Eddy, Pn Hanim Hussien serta rakan-rakan SWP yang lain, sekali gus mencerminkan semangat kerja berpasukan dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan. – UMNO Online
SWP Aktif Ziarah Kesihatan, Fokus Kesejahteraan Rakyat – Dr Masliha
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Sokongan Rakyat Terus Mengukuh, Mohd Zaidy Yakin BN Raih Kepercayaan
- Hormati Pendirian Kami… BN Bertanding Atas Prinsip, Perjuangan Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.