BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry

BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry

BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad bahawa Malaysia mampu dibangunkan atas asas perkongsian kuasa, saling menghormati dan kesederhanaan.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rekod inilah yang menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara.

“Barisan Nasional menolak dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Selepas hampir tujuh dekad merdeka, politik yang memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum tidak mempunyai tempat dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu.

“Pada masa yang sama, Barisan Nasional juga menolak politik ketakutan yang terus dimainkan oleh pihak tertentu dengan menggambarkan kononnya sesuatu kaum akan terancam sekiranya kerjasama politik parti tertentu memerintah. Politik ketakutan adalah berbahaya kerana ia mengundang curiga, prasangka dan kebencian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ahli JKKK Berperanan Sebagai Duta Kerajaan Di Peringkat Kampung


Tambah Dr Zambry, BN ingin menegaskan bahawa persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak sekali-kali bermaksud BN akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak dan kekal berdiri atas prinsip sendiri.

“Barisan Nasional akan terus menawarkan politik kesederhanaan, kestabilan dan perpaduan serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan formula kenegaraan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak sah semua warganegara.

“Inilah asas yang telah menyatukan negara sejak merdeka dan mesti terus dipertahankan. Barisan Nasional menolak golongan yang membina tembok perkauman dan meniupkan politik ketakutan.

“Barisan Nasional akan terus mengekalkan kepimpinan yang membina jambatan perpaduan, mengukuhkan keyakinan rakyat dan menawarkan masa depan yang dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – UMNO ONLINE

BN Amal Politik Kesederhanaan, Fokus Kestabilan Dan Perpaduan – Dr Zambry


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Adnan Seru Perkukuh Parti, Bersedia Hadapi PRU-16

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker